Related Stories
Home > Gaya Hidup > 10 Gaya Wedding of The Year Sepanjang Tahun 2000 Hingga Kini!
10 Gaya Wedding of The Year Sepanjang Tahun 2000 Hingga Kini!
Perkahwinan kenamaan akan senantiasa menjadi bualan hangat khalayak umum malah majlis besar-besaran sebegini layak digelar sebagai Wedding Of The Year!
Perkahwinan antara individu ternama seringkali menjadi contoh gaya hidup dan fesyen dan memberi inspirasi kepada orang ramai. Gaun pengantin yang dipakai, hiasan dan tema majlis, serta pilihan barangan mewah yang digunakan sering menjadi aspirasi ikutan peminat dan pengikut mereka. Mari lihat 10 gaya Wedding of The Year sepanjang tahun 2000 hingga kini yang menjadi bualan ramai dan tidak mudah dilupakan ini.
#1 Priyanka Chopra dan Nick Jonas
Pasangan ideal Priyanka Chopra dan Nick Jonas melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 di Istana Umaid Bhawan di Jodhpur, India. Perkahwinan mereka yang dihadiri oleh 225 tetamu itu merupakan satu persandingan yang cukup ikonik dan mewah dimana mereka menggabungkan kedua-dua upacara Barat juga India. Jonas memakai persalinan khas daripada Ralph Lauren iaitu sepasang sut hitam bersama kasut berona hitam berkilat. Chopra pula mengenakan gaun putih daripada Ralph Lauren yang dihiasi manik-manik dan sulaman tangan dengan veil panjang 75 kaki langsung memberi elemen dramatik.
https://www.instagram.com/p/Cln6q3MuUPn/?img_index=1

Panduan Memilih Dumbel Yang Sesuai Dengan Badan Anda
Sajian Warisan di The RuMa Kembali dengan Rasa Tradisi Malaysia
Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung
Sosok Mengoda Michele Morrone untuk Devotion
Ini Senarai Filem Baharu April 2026 Yang Wajib Masuk Senarai Tontonan Anda!
Integrasi Seni, Budaya & Teknologi: Samsung Mentransformasikan Semua House
#2 Brad Pitt dan Angelina Jolie
Perkahwinan antara dua selebriti popular Hollywood ini menjadi salah satu perkahwinan hangat pada tahun 2014. Perkahwinan mereka diadakan di Chateau Miraval, Perancis, secara peribadi dihadiri keluarga terdekat dan anak-anak mereka. Gaun berona ivory yang dipakai oleh Jolie direka oleh Luigi Massi, ketua penjahit di Atelier Versace. Massi juga memasukkan lukisan oleh anak-anaknya di atas busana dan veil yang digayakan oleh Jolie. Manakala Pitt memakai pakaiannya sendiri dan hanya meminjam tali leher milik anak lelakinya.
#3 Sheikh Hamdan bin Mohammed dan Sheikha Shaikha binti Saeed bin Thani Al Maktoum
Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan telah melangsungkan perkahwinannya pada 15 Mei 2019 bersama pasangannya, Sheikha Shaikha binti Saeed bin Thani Al Maktoum secara peribadi.. Perkahwinan mereka juga diadakan bersama dua lagi kekanda Sheikh Hamdan. Upacara perkahwinan mereka juga didatangi oleh bapa pengantin lelaki, Sheikh Mohammed bin Rashid, Naib Presiden dan Pemerintah Dubai.
#4 Prince William and Kate Middleton
Pewaris takhta British telah berkahwin pada April 2011 bersama pilihannya, Kate Middleton di Westminster Abbey, London. Middleton kelihatan anggun dengan gaun khas oleh Alexander McQueen untuk upacara perkahwinan mereka yang gah itu. Wedding of The Year ini turut dihadiri oleh ahli keluarga diraja termasuk Ratu Elizabeth II, dengan adik pengantin lelaki, Putera Harry, yang juga menjadi pengiringnya.
Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton. The Royal Family
#5 Joe Jonas dan Sophie Turner
Bintang pop Joe Jonas dan pelakon siri Game of Thrones, Sophie Turner, telah mengadakan perkahwinan mereka pada tahun 2019 di South France. Pelakon menawan itu memakai sepasang gaun renda berlengan panjang daripada Louis Vuitton yang gambarnya dikongsi menerusi Instagram, dua tahun selepas perkahwinan mereka. Gambar-gambar perkahwinan mereka dikongsi oleh Turner sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.
Perkahwinan Joe Jonas and Sophie Turner. Vogue
#6 Victoria Swarovski dan Werner Muerz
Pewaris kepada jenama kristal Swarovski telah berkahwin dengan kekasihnya, Werner Muerz, yang merupakan seorang pelabur hartanah. Perkahwinan mereka diadakan pada hujung minggu di Trieste, Itali selama tiga hari pada tahun 2017. Swarovski memukau jemputannya dengan gaun khas seberat 46kg berharga £700,000 dan dihiasi dengan 500,000 kristal Swarovski yang direka olehnya sendiri bersama Michael Cinco, seorang pereka di Dubai. Majlis perkahwinan Wedding of The Year ini, Swarovski dan Muerz turut dihadiri selebriti terkenal seperti Beyoncé, Jennifer Lopez, Rihanna dan Lady Gaga.
Victoria Swarovski dan Werner Muerz Di Majlis Perkahwinan Mereka. Daily Mail
#7 Serena Williams dan Alexis Ohanian
Bertemakan kisah dongeng, pemain tenis profesional, Serena Williams, dan Pengasas Reddit, Alexis Ohanian, telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 16 November 2017. Perkahwinan mereka berlangsung di New Orleans, Louisiana. Williams mengenakan ball gown oleh Sarah Burton daripada Alexander McQueen dan menukar busananya kepada dua gaun Versace yang berbeza, gaun berlabuci dan gaun pendek bersulam. https://www.instagram.com/p/Bbn_eq8B3Y1/?utm_source=ig_embed&ig_rid=89cc0949-bc6c-48ac-895f-aa345d8399a6#8 George Clooney dan Amal Alamuddin
Perkahwinan diantara pelakon dan pengarah filem Amerika, George Clooney, dan pilihan hatinya, seorang peguam hak asasi manusia dilangsungkan di Aman Canal Grand Hotel pada tahun 2014. Alamuddin memilih Oscar de la Renta untuk mereka khas gaun perkahwinannya. Busananya dibuat dengan empat belas ela renda French Chantilly berona ivory dan lapisan tulle. Gaun off-the-shoulder itu dihiasi dengan manik mutiara dan batu berlian. Clooney pula meminta bantuan rakan baiknya, Giorgio Armani, untuk sut dari koleksi Made to Measure. Sut hitamnya dijahit daripada kapas halus ultra dan kashmir, dipadankan dengan kemeja putih, bow tie hitam, dan kasut kulit.
Amal Alamuddin Dengan Busana Pengantinya. Vogue
See Also
#9 Rose Leslie dan Kit Harington
Pada 23 Jun 2018, Rose Leslie dan Kit Harington telah berkahwin di Aberdeenshire, Scotland. Pasangan bintang bersiri Game of Thrones ini membuat majlis mereka di rumah milik keluarga Leslie. Majlis mereka dihadiri oleh rakan-rakan mereka dari siri Game of Thrones seperti Emilia Clarke, Peter Dinklage, Sophie Turner, dan Maisie Williams. Selain mereka, selebriti terkenal yang lain seperti Joe Jonas, Marcus Mumford dan Malin Akerman turut hadir. Leslie memakai gaun berona ivory dengan lengan panjang, dihiasi dengan sulaman bunga-bunga, bersama dengan selendang panjang katedral dan mahkota bunga putih. Harington pula memakai sut three-piece yang maskulin. https://www.instagram.com/p/BkaGHGiAoKT/?utm_source=ig_embed&ig_rid=cab3b9fd-c41e-4d55-bbc6-bfbb32a6e020#10 Prince Albert II dan Charlene Wittstock
Perkahwinan antara Putera Monaco dan perenang olimpik ini telah berlangsung pada 1 Julai 2011. Prince Albert II dan Charlene Wittstock melangsungkan perkahwinan mereka di dalam Throne Room yang berada di Prince’s Palace, Monaco. Wittstock busana yang direka oleh Giorgio Armani dan dipadankan dengan rantai “Infinite Cascade” yang direka oleh Nagib Tabbah, ditempah khas dan diperbuat daripada emas rose 18 karat dihiasi dengan 1,237 berlian dan 6 mutiara putih berbentuk pear menjadikan ia salah satu Wedding of The Year tahun itu.
Perkahwinan Prince Albert II dan Charlene Wittstock. Monaco Tribune
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
