Destinasi Baru Butik Kecantikkan Tom Ford
Pusat beli-belah terkenal, Suria KLCC menjadi destinasi kedua untuk butik kecantikkan jenama tersohor Tom Ford selepas Convent Garden, London.
Mula beroperasi Jun lalu, butik ini berkeluasan 926 kaki persegi mempersembahkan gaya hiasan dalaman ultra moden perlambangan terbaik jenama yang sinonim sebagai refleksi kemewahan penggunanya.
Gabungan marmar putih bersama arca gelas rona kelabu menyerlahkan pameran produk alat kosmetik dan haruman buat si jejaka dan jelitawan yang mementingkan penampilan diri.
Pengunjung boleh mendapatkan khidmat solekan peribadi berdasarkan temujanji oleh Pakar Kecantikkan Tom Ford antaranya Shade and Illuminate Philosophy, Definitive Brows, kelas solekan VIP dan solekan untuk pengantin.
Menariknya, anda boleh menempah haruman mengikut cita rasa dan persona peribadi di sini.
Bagi yang mahukan khidmat rundingan eksklusif dalam membuat pilihan haruman dan kosmetik, terus tuju ke ruang khusus, The Makeup Lounge.
Butik Tom Ford di aras bawah, G04, pusat beli belah Suria KLCC.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!
May 15, 2026
Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
May 15, 2026
Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!
May 15, 2026
GLAM Kongsi Jam Perlu Miliki Buat Peminat Horologi
May 15, 2026
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026

