#StayHomeWithGD – Cara Penjagaan Hamparan Permaidani
Penggunaan karpet dalam menyempurnakan dekorasi sememangnya menjadi pilihan buat kebanyakkan pemilik kediaman. Karpet yang baik sememangnya mempunyai tanda harga yang tinggi dan pilihan yang lebih mampu milik memerlukan lebih perhatian. Antara pilihan yang paling berbaloi semestinya karpet Parsi buatan tangan yang dibawa dari negara Timur Tengah seperti Iran. Dengan corak klasik dan warna mewah yang menawan, ia mencipta aura buat ruang tamu yang ditata gaya klasik dan mencipta dimensi yang berbeza pada ruang.
Manakala hari ini, ramai yang menggemari pilihan lebih moden atau kontemporari dan paten yang lebih ringkas atau abstrak untuk menghiasi kediaman. Mainan warna yang lebih ceria dengan suntikan corak geometri menjadi pilihan untuk mencipta ruang kediaman yang lebih segar. GLAM Deko ingin membantu memastikan permaidani anda dapat berkhidmat lebih lama dengan beberapa teknik penjagaan ringkas untuk dipraktikkan.

- Apabila terjadinya kemalangan di atas karpet anda seperti tertumpahnya minuman, rawat kawasan terbabit segera kerana lebih lama karpet anda dibiarkan dengan cecair yang tumpah, lebih sukar untuk ia dibersihkan.
- Jika terdapat tumpahan makanan di atas karpet anda, buangkan sisa makanan menggunakan sudu dahulu. Ambil kain yang sudah dilembapkan dengan air bersih (atau bersama sedikit cecair pencuci lembut jika perlu) dan tekapkan pada kotoran. Gunakan penyedut hampagas kegunaan basah dan kering dan lalukan di atasnya sehingga ia bersih.
- Sentiasa lalukan penyedut hampagas pada permukaan karpet untuk mengelakkan pengumpulan habuk dan tanah atau pasir yang terkumpul pada karpet anda. Pada masa yang sama, elakkan dari menumpukan kuasa sedutan pada sesuatu arah secara terlalu lama kerana ia akan memisahkan rantaian antara permukaan karpet.
- Pastikan alatan yang digunakan pada penyedut hampagas anda bersesuaian dengan permukaan karpet. Dapatkan khidmat nasihat dari pengeluar penyedut hampagas anda.
- Andai anda meletakkan perabot berat di atas permukaan karpet, alihkan titik tekanan secara berkala dan usapkan permukaan menggunakan duit syiling. Anda juga boleh menggunakan pengering rambut atau seterika stim namun pastikan ia berada pada jarak yang selamat.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
