Sajian – Seleksi Menu Tempatan Fusion Untuk Hi-Tea
Masterchef musim pertama berjaya melonjakkan nama Imelda Harris. Bermula sebagai pereka aksesori yang menggunakan batu-batuan dari Borneo, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini masih kukuh bertahan dalam industri kulinari tempatan sehingga ke hari ini. Dia mengorak langkah lebih maju dengan kafe Hydeout Mont Kiara. Mengangkat konsep menu Barat dan tempatan fusion, Imelda tidak gentar mengetengahkan menu masakan Sarawak yang direnjis sentuhan moden.

Pelaksanaan menu di Hydeout dilakukan sendiri oleh Imelda bermula daripada pembuka selera, hidangan utama, aneka sandwic dan burger, hidangan sampingan dan pencuci mulut. Selain Hydeout, Imelda turut mengusahakan Canteen Skolah di Bukit Damansara yang menawarkan hidangan aneka lauk-pauk untuk makan tengahari. Berikut antara resepi yang dikongsi Chef Imelda.

Hydeout Laksa Goreng
Bahan- bahan
#1 paket laksa beras
#250g daging cincang
#1 biji bawang Bombay dikisar
#3 ulas bawang putih dikisar
#2 sudu besar pes cili
#3 sudu besar sos tomato
#1 sudu besar kicap manis
#10 biji tomato ceri dihiris
#Daun ketumbar
#Minyak untuk menumis
#Lada dan garam secukup rasa
Cara menyediakan
- Tumis bawang Bombay dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan pes cili dan tumis sehingga cili masak.
- Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging sedikit garing. Masukkan laksa.
- Masukkan sos tomato dan kicap dan kacau sehingga rata. Masukkan tomato ceri dan perisakan mee dengan garam dan lada secukup rasa.
- Taburkan hirisan daun ketumbar untuk menghidang.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
