GLAM Horologi: White Lush

Rona putih sering diangkat sebagai warna yang mewakili aura ketulenan dan sarat kemewahan. Paduan material termahal seperti emas, berlian serta kulit buaya menggandakan lagi sensasinya buat wanita.

van-cleef-arpels

1.VAN CLEEF & ARPELS enak berfantasi. Dengan koleksi Lady Arpels Pont des Amoureux, menggayakannya umpama dilamun cinta.

 

chanel_1

2. CHANEL menampilkan koleksi J12 Moonphase dalam nada yang bergaya. Sorakan putih yang menggunakan material seramik nyata menawan.

 

ulysse-nardin

3. Jam tangan koleksi Jade daripada ULYSEE NARDIN tampak mewah sekali dengan paduan emas bertatahkan berlian serta kulit buaya.

 

jaeger-lecoultre

4. JAEGER- LECOULTRE pula mempersembahkan koleksi Grande Reverso Lady Ultra Thin yang sungguh sofistikated. Sesuai buat wanita yang mementingkan gaya terunggul.

 

dior_1

5. Jam tangan VIII Grand Bal Plume daripada DIOR hadir dalam nada romantik yang lengkap perincian bulu pelepah berwarna violet bertatahkan berlian.

 

untitled

6. AUDEMARS PIGUET menampilkan Royal Oak Quartz 33mm yang membias segala erti kemewahan. Sarat bertatahkannya 172 berlian, menggayakan bukan untuk wanita biasa.

POST A COMMENT