Hadiah Valentine’s Day Yang Tidak Pudar Ditelan Masa, Longines
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioValentine’s Day sentiasa menjadi saat istimewa untuk meraikan kasih sayang, bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi melalui simbol yang kekal merentasi masa. Tahun ini, jam Longines tampil sebagai pilihan sempurna untuk mereka yang menghargai keindahan hubungan tulen dan keanggunan yang tidak lapuk dek zaman.
Sebagai pembuat jam Swiss yang terkenal dengan falsafah “elegance is an attitude”, Longines memahami bahawa cinta sejati dibina melalui keikhlasan, komitmen dan perhatian terhadap perincian. Setiap rekaan bukan sekadar alat penunjuk waktu, tetapi refleksi hubungan yang berkembang dari hari ke hari.
Bersempena Valentine’s Day, Longines memperkenalkan pilihan istimewa daripada koleksi Conquest dan PrimaLuna, dua rangkaian yang meraikan cinta dalam bentuk yang berbeza, namun sama-sama bermakna.
Conquest: Keanggunan moden untuk pasangan dinamik

Koleksi Longines Conquest melambangkan keseimbangan antara gaya kontemporari dan fungsi sporty. Ia sesuai untuk pasangan yang menjalani kehidupan aktif, namun tetap menghargai estetika yang sofistikated. Daripada makan malam romantik hinggalah pengembaraan hujung minggu, jam Longines Conquest menyesuaikan diri dengan setiap detik bersama.


Model 34 mm dengan bezel emas kuning serta dail mother-of-pearl dihiasi berlian menyerlahkan sisi feminin yang elegan, tanpa mengorbankan prestasi teknikal. Manakala versi sunray biru dengan bezel emas ros menawarkan ekspresi keyakinan dan kematangan gaya moden. Untuk lelaki, Conquest 41 mm dengan dail biru sunray tampil maskulin dan teguh, simbol kestabilan dan kepercayaan dalam hubungan jangka panjang.

Bagi mereka yang menggemari sentuhan sporty, Conquest Chronograph dengan bezel seramik hitam membawa maksud ketepatan, ketahanan dan komitmen, nilai yang seiring dengan cinta sejati.
PrimaLuna: Puisi feminin dalam setiap detik

Direka semula dengan sentuhan lebih moden, koleksi jam Longines PrimaLuna meraikan keanggunan feminin yang lembut namun berkarakter. Setiap jam dalam koleksi ini menampilkan perincian halus seperti mahkota berukir bulan sabit dan permukaan berkubah yang memantulkan cahaya dengan indah.

Dail mint blue dan lavender mauve yang dihiasi indeks berlian memberikan aura romantik yang segar, menjadikan PrimaLuna hadiah ideal untuk Valentine’s Day. Ia bukan sekadar jam, tetapi perhiasan yang mencerminkan keanggunan dalaman dan keyakinan seorang wanita.
Jam Longines sebagai hadiah yang lebih bermakna daripada sekadar masa
Dalam dunia yang bergerak pantas, jam Longines mengingatkan kita bahawa masa adalah hadiah paling berharga. Sama ada untuk meraikan cinta yang baru bersemi atau hubungan yang telah melalui pelbagai fasa kehidupan, koleksi Longines untuk Valentine’s Day ini menjadi simbol perasaan yang kekal, penuh makna dan sentiasa relevan.
Kerana cinta sejati, seperti jam Longines, dicipta untuk bertahan selamanya.
Artikel berkaitan: PrimaLuna Longines: Jam Tangan Ikonik Yang Kini Lebih Memikat
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
