Home > Gaya Hidup > GLAM Profil: Tyra Kamaruzzaman
Realiti, tidak semuanya indah. Blood, sweat & tears yang dicurah menjadi kunci kejayaan sebenar.
RATU CANTIK.
Tyra Kamaruzzaman mewakili anak muda hari ini, berani menempuh liku-liku cabaran dalam membina empayar bisnes kecantikan mereka sendiri
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM penulis AMIRA AZMAN arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar ROBIN/ONE3FOUR STUDIO solekan SHIYO JOO dandanan JUNO KO
Sementara menanti ketibaan Jane Chuck, saya sempat mengimbas kembali pertemuan pertama saya dengan wanita ini. Tahun 2016, masih segar diingatan. Waktu itu nama Jane Chuck sering menjadi bualan ramai dalam industri fesyen tanah air. Jane memulakan kerjaya sebagai penulis blog, kemudian beralih ke dunia celebrity influencer. Manakala, Tyra Kamaruzzaman pula kali terakhir saya bertemunya adalah pada tahun 2017 merupakan Insta famous yang kecil molek serta sopan-santun orangnya. Siapa sangka, hari ini mereka berdua telah memiliki empayar kukuh mereka sendiri. Jika difikirkan kembali, kagum sekali saya menyaksikan perjalanan hidup mereka ini. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi sebagai usahawan muda berjaya masa kini.
Baca lanjut dalam GLAM April 2022

Tyra menggayakan persalinan musim bunga/panas 2022 kreasi Longchamp. Jaket dan celana rona ivory digayakan dengan top kait, skarf sutera dan clog kulit.
TYRA KAMARUZZAMAN
Sentiasa ceria dan cergas, itu yang bisa saya gambarkan keperibadian wanita ini. Tanya saya pada Tyra sewaktu dia tiba di studio, “Tyra datang dari mana?” jawab Tyra, “Oh, saya dari ofis tadi. Terus datang ke sini”. Tengoklah, cukup berdedikasi wanita muda berusia 23 tahun ini. Dia membina empayar BeauTyra sewaktu umurnya menginjak 18 tahun. Bayangkan! Jika saya di usia itu, mungkin saya masih lagi sedang terpinga-pinga mencari minat dalam diri. Itulah dia semangat anak muda hari ini.
Berlatarbelakangkan keluarga yang cukup hebat dalam dunia niaga, Tyra tidak terlepas daripada memasang cita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan juga. “Ayah saya seorang businessman, jadi semenjak kecil, saya sudah tekad untuk menjadi seperti beliau. Lalu terciptalah BeauTyra,” kata Tyra sambil tersenyum lebar.
Semestinya usia muda, memberikan cabaran yang lebih buat mereka yang ingin memulakan bisnes, “Betul, memang ada cabaran. Tambahan lagi di usia 18 tahun, jujur saya cakap, saya tiada sebarang idea tentang dunia ini, baru tamat sekolah pula tu. Orang lain sambung belajar di universiti, saya pula pilih jalan ini. Ramai yang tidak memandang serius terhadap saya disebabkan umur muda saya.”
Dua Hari Tawaran Hebat Menanti di Burger & Lobster KLCC!
Satu-satunya Sebab Billie Eilish Memilih Menjadi Vegan
Selebriti Ternama Turut Meraikan Koleksi Michael Kors di NYFW
Ummi Nazeera Dedah Pengalaman Menghidap Kemurungan Ketika Hamil
Putera William & Putera George Langgar Peraturan Perjalanan Diraja
6 Rakyat Biasa Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Britain
RAMAI YANG TIDAK MEMANDANG SERIUS TERHADAP SAYA DISEBABKAN UMUR MUDA SAYA — TYRA KAMARUZZAMANDia memilih untuk tidak mengambil pusing kata-kata orang, Tyra pilih untuk mengikut kata hatinya, “Yang penting percaya dengan diri sendiri dan tahu apa yang saya inginkan, itu yang membuatkan saya langsung ke hadapan, tidak langsung pandang ke belakang. Dan daripada situ, akhirnya orang sekeliling mula nampak akan usaha dan kekuatan saya. Kepercayan itu sedikit demi sedikit mula terbentuk.”

Jane menyarungkan sut sutera nada merah jambu pastel digayakan bersama kasut bergaya slingback pump dan anting-anting kristal. Kesemuanya ilham Gucci. Manakala Tyra tampil dalam dress labuh berkolar v material kapas dan tali pinggang kulit garapan Longchamp.
See Also
Tanya saya kepada Tyra, mengapa pilih bidang kecantikan? “Mungkin kerana saya seorang perempuan dan sukakan benda-benda cantik. Saya masih ingat sewaktu umur 15 tahun, saya didedahkan dengan YouTube. Pada waktu itu, beauty guru seperti Michelle Phan dan Zoella sedang menghangat. Kalau hendak tahu, sewaktu mendapat gaji pertama dahulu, saya terus ke Sephora KLCC. Di situ, saya ternampak palet mata Urban Decay, dan daripada situ terus tanam di dalam hati ini di mana suatu hari nanti saya juga ingin memiliki perusahaan kosmetik sendiri.”
Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Jane Chuck
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
