Jang Nara Bakal Bergelar Isteri
Persiapkan Diri Dengan 5 Perkara Ini Sebelum Janji Temu Anda
Keselesaan: Kunci Utama Wanita Kala Bersenam
SILK: Pameran Skarf Sutera Salvatore Ferragamo
5 Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata Menerusi Kaedah Ibu Tumpang
Home > Gaya Hidup > Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Perlu Anda Tahu

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Perlu Anda Tahu

Peralihan pilihan pengangkutan ke kereta elektrik semakin mendapat perhatian! Ini 7 fakta tentang EV yang mungkin akan mengubah cara anda melihat masa depan pemanduan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kereta elektrik atau electric vehicle (EV) semakin menjadi pilihan ramai. Jika dahulu ia dianggap sebagai teknologi masa depan, hari ini EV sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden, terutamanya dalam kalangan mereka yang mementingkan inovasi, kelestarian dan kecekapan. EV adalah kenderaan yang digerakkan oleh motor elektrik dengan tenaga yang disimpan dalam bateri boleh dicas semula. Berbeza dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman yang bergantung kepada petrol atau diesel, EV beroperasi tanpa menghasilkan pelepasan gas ekzos. Daripada penjimatan kos petrol hingga pengalaman pemanduan yang lebih senyap, GLAM kongsikan beberapa fakta menarik tentang kereta EV yang anda perlu tahu!

Ini 7 Sebab Mengapa Kereta EV Semakin Mendapat Perhatian!

1. Tidak menggunakan petrol

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Yang Anda Perlu Tahu Perbezaan paling ketara antara kereta EV dan kereta konvensional adalah sumber tenaganya. Kereta EV digerakkan sepenuhnya oleh tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri, tanpa memerlukan petrol atau diesel. Ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil, malah dapat membantu mengurangkan perbelanjaan anda untuk petrol yang kadangkala meningkat harganya.  Antara jenama yang turut tampil dengan teknologi ini ialah Volvo XC90 Ultra T8 daripada Volvo, yang menawarkan gabungan kuasa maksimum 462 hp dan 709 Nm tork, dengan penggunaan bahan api serendah 1.8 liter bagi setiap 100 km.

2. Pengalaman pemanduan yang lebih senyap

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Yang Anda Perlu Tahu Pengalaman pemanduan juga terasa lebih seronok bersama tahap bunyi enjin yang sangat minimum. Tanpa bunyi enjin konvensional, perjalanan menjadi lebih tenang dan lancar. Bagi ramai pemandu, pengalaman ini memberi rasa lebih eksklusif. Anda juga akan menjadi lebih fokus ketika memandu, sekaligus dapat mengelakkan sebarang kemalangan. 

3. Pecutan lebih responsif

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Yang Anda Perlu Tahu Kereta EV juga menawarkan prestasi yang mengagumkan, dengan pecutan yang responsif dan lancar kerana motor elektrik memberikan tork segera tanpa perlu menunggu enjin “naik gear”. Tanpa gegaran enjin seperti kereta konvensional, perjalanan terasa lebih stabil dan terkawal. Hasilnya, penumpang dapat menikmati keselesaan maksimum. 

4.  Mesra alam sekitar

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Yang Anda Perlu Tahu Selain prestasi dan keselesaan, kereta EV juga menyerlah kerana sifatnya yang mesra alam. Tanpa enjin pembakaran dalaman, kereta EV tidak menghasilkan pelepasan gas ekzos secara langsung. Ini membantu mengurangkan pencemaran udara di bandar dan menurunkan jejak karbon individu. Dengan teknologi ini, setiap perjalanan bukan sahaja menyokong mobiliti moden, tetapi juga menyumbang kepada usaha global menjaga alam sekitar dan menjadikan kehidupan bandar lebih hijau serta bersih.

5. Bahagian penyelenggaraan yang lebih rendah

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Yang Anda Perlu Tahu Ramai tidak sedar bahawa kereta EV sebenarnya mempunyai komponen mekanikal yang lebih sedikit berbanding kereta biasa. Berbeza dengan kereta petrol yang mempunyai ratusan komponen bergerak, motor elektrik pada kereta EV mempunyai bahagian yang lebih rendah! Semakin sedikit bahagian yang bergerak, semakin mudah dan kurang membebankan dari segi penyelenggaraan. Kereta EV juga tidak memerlukan pertukaran minyak, palam pencucuh, atau tali sawa sekaligus menjadikan penjagaan kereta lebih mudah. Ia turut membantu anda menjimatkan masa dan kos secara signifikan.

6. Dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Yang Anda Perlu Tahu Kereta EV dilengkapi pelbagai teknologi canggih yang menjadikan pemanduan lebih pintar dan menyeronokkan. Banyak jenama kini memperkenalkan model EV dengan sistem pintar, contohnya paparan tengah 11.2 inci dengan UX generasi baharu Volvo Cars, paparan pemandu 12.3 inci, head-up display, serta Pilot Assist generasi baharu dengan cruise control adaptif yang memudahkan kawalan perjalanan. Keselamatan dan kemudahan turut dipertingkatkan melalui kamera 360 darjah, manakala hiburan premium dijamin dengan sistem audio Bowers & Wilkins. Keselesaan penumpang pula tidak diabaikan, dengan tempat duduk depan berkuasa lengkap dengan ventilasi dan bumbung suria panorama dengan tirai elektrik. 

7. Infrastruktur pengecasan semakin berkembang

Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Yang Anda Perlu Tahu Jika dahulu kekurangan stesen pengecas menjadi kebimbangan utama, situasi kini semakin berubah. Banyak pusat membeli-belah, hotel dan kawasan komersial di bandar besar telah menyediakan kemudahan pengecasan EV, menjadikan penggunaannya lebih praktikal untuk kegunaan harian. Contohnya, anda boleh meninggalkan kereta untuk dicas sambil bersiar-siar di pusat membeli-belah, menjadikan rutin harian lebih efisien dan tanpa gangguan. Artikel berkaitan: Selamat – Hadiah Sebenar Bagi Yang Menanti Anda Lebaran Ini!