Related Stories
Home > Gaya Hidup > Jason Derulo Sertai Barisan Juri The Voice Australia
Jason Derulo Sertai Barisan Juri The Voice Australia
Penyanyi-penulis lagu, Jason Derulo bakal menghangatkan The Voice Australia musim ke-12 dengan bakat dan pengalaman luar biasanya dalam bidang muzik.
Baru-baru ini rangkaian televisyen Seven Network mengumumkan bahawa Jason akan menyertai juri Rita Ora, Guy Sebastian dan Jessica Mauboy, menggantikan Keith Urban yang kini sibuk menjayakan konsert jelajah dunia.
“The Voice adalah salah satu jenama hiburan terbesar di dunia dan di Australia. Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran salah seorang bintang tersohor dunia ke dalam keluarga Seven dan The Voice Australia. Jason menjadi pelengkap kepada barisan juri hebat kami, Jess, Rita dan Guy. Kami tidak sabar untuk melihat siapa peserta pilihan mereka untuk musim ini,” kata Angus Ross, ketua pegawai kandungan Seven Network.
The Voice Australia mula ditayangkan pada 2012 dengan menampilkan Delta Goodrem, Joel Madden, Seal dan Keith Urban sebagai juri. Sejak itu ramai barisan artis tempatan dan antarabangsa mengambil alih kerusi merah ikonik itu termasuk Ricky Martin, Kylie Minogue, will.i.am, Benji Madden, Jessie J, Ronan Keating, Kelly Rowland, Boy George dan Joe Jonas.
Foto: Twitter
Baca: Camila Cabello Bakal Sertai The Voice Musim Ke-22

Foto: New Idea Magazine
Jason Derulo Dianggap Pilihan Terbaik
Seven Network mendefinisikan Jason sebagai ‘Raja TikTok’ berdasarkan 57 juta pengikut yang diraihnya di laman sosial terkenal itu. Pemuzik berusia 34 tahun itu juga telah menjual lebih daripada 250 juta lagu di seluruh dunia dan kini sedang sibuk dengan pembikinan album studio kelimanya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.“Saya amat kompetitif, sehingga menghampiri sempadan persaingan tidak sihat. Saya akan membawa perspektif global. Jelas ini adalah barisan pemuzik dari Australia tetapi dengan perubahan industri muzik, kini tiada lagi peraturan.“Jadi tidak bermakna jika anda berasal dari negara tertentu, anda perlu terus berada di negara itu sahaja. Garis pemisah telah menjadi kabur justeru ada peluang untuk bintang global keluar dari kepompong mereka,” kata Jason kepada The Sunday Telegraph dalam satu wawancara.
Foto: Instagram
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
