Merlissa Zainal: Face of Beauty
Consentino Dekton; Menjunjung Seni & Ketukangan
Siar Foto Tanpa Pakaian, Ranveer Singh Dituduh Menghina Kehormatan Wanita
Fakta Menarik Hamish Daud: Karier, Sisi Pencinta Laut & Secebis Cerita Bersama Raisa
Longines DolceVita Indah Berona Paling Elegan
Home > Gaya Hidup > Skims Bakal Buat Kemunculan Di Sukan Olimpik 2021

Skims Bakal Buat Kemunculan Di Sukan Olimpik 2021

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jenama fesyen Kim Kardashian, Skims dipilih untuk menjadi pembekal rasmi pakaian dalam, loungewear dan pijama buat atlet wanita Amerika Syarikat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo tahun ini.

Kim mengumumkan berita tersebut dua hari lalu dengan berkongsi foto atlet Team USA menyarung koleksi Skims di Instagram.

“Sejak berusia 10 tahun, saya sering mendengar butiran mengenai Olimpik daripada bapa tiri saya. Ketika Skims diundang untuk menjadi sebahagian daripada @TeamUSA, setiap saat yang saya luangkan mengagumi kekuatan dan semangat atlet Olimpik kini menjadi lebih berharga,” tulisnya.

Bapa tiri Kim, Bruce Jenner yang kini dikenali sebagai Caitlyn Jenner merupakan pemenang pingat emas acara dekatlon dalam Sukan Olimpik 1976 yang berlangsung di Quebec, Canada.

https://www.instagram.com/p/CQqwk28sBYA/
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse