Kekuatan Untuk Berevolusi – Siti Saleha
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioDunia seni hiburan yang penuh dengan cahaya sorot dan tekanan yang tidak kelihatan, pastinya Siti Saleha tidak terkecuali.
Permulaan Yang Mengubah Segalanya
Setiap perjalanan besar bermula dengan satu detik yang tidak dapat dilupakan. Bagi Siti Saleha, detik itu hadir sekitar tahun 2011 bilamana dia mula menyedari bahawa bakat yang selama ini beliau ragui ternyata mampu menyentuh jiwa orang lain. “Saya tidak sangka, saya sehebat ni.” Itulah kata-kata Siti Saleha ketika mengimbas kembali momen yang mengubah arah hidupnya. Ketika berusia 21 tahun, dia membuat keputusan berani untuk melangkah sepenuhnya ke dalam dunia lakonan dan tidak pernah menoleh ke belakang. Dari situ, tawaran kerja datang tanpa putus. Siti Saleha nekad meneruskan perjalanannya membina nama sebagai seorang individu yang tahu apa yang diingini.Impak Lakonan
Ada sesuatu yang lebih besar daripada sekadar berlakon iaitu kuasa sesebuah watak untuk mengubah perspektif penonton. Dia juga bercerita bagaimana ada penonton yang mendatanginya dengan air mata, mengakui bahawa watak-watak yang dia hidupkan telah memberi mereka keberanian untuk menghadapi realiti pahit dalam kehidupan mereka sendiri.
Dress SANDRO Barang Kemas, Tiffany & Co.
“Tiada apa yang lebih berharga daripada mengetahui watak yang pernah dibawakan dapat menyelamatkan seseorang.”
Kerendahan Hati: Rahsia Kekal Relevan
Dalam industri yang sering mengagungkan ego dan populariti, Siti Saleha memilih jalan yang berbeza. Baginya, kerendahan hati bukan kelemahan ia adalah kekuatan terbesar seorang seniman. “Saya rasa rendah diri adalah kunci. Kerendahan hati untuk kekal relevan, kekal berjaya, dan menjadi manusia yang baik adalah kunci.” Falsafah ini turut tergambar dalam pendekatannya terhadap kerja dan hubungannya dengan orang lain. Ada liku, ada lubang, ada waktu dia juga terluka dikhianati mereka yang dipercayai. Kongsinya yang pernah tersalah langkah kerana terlalu naif, dan berdepan dengan kegelapan yang menguji keimanannya.
Dress SANDRO Barang Kemas, Tiffany & Co.
“Dulu saya terlalu naif. Pernah dikhianati oleh orang yang dipercayai. Tapi semua tu yang membentuk siapa saya hari ini sebagai seorang yang lebih kuat.” Baginya, tabah tidak bermaksud tidak pernah patah.Setiap pengalaman pahit, pada pendapatnya adalah bahan bakar untuk evolusi diri. Tidak akan dilupakan, dan akan sentiasa memberi makna.
Cinta, Privasi, Dan Ketenangan
Hari ini, Siti Saleha menemui versi dirinya yang paling bahagia. Seorang isteri, seorang ibu, dan seorang wanita yang tahu apa yang benar-benar penting dalam hidup. Privasi menjadi perlindungannya. Ketenangan menjadi mahkotanya. Dan dengan kalimat yang sederhana namun penuh makna, dia merumuskan cara beliau bergerak maju adalah dengan “Jangan cari pengesahan di media sosial. Bina keyakinan diri dari dalam, bukan dari nombor di skrin” dan “Take it one step at a time, but with one eye open.” Kisah Siti Saleha bukan sekadar kisah seorang pelakon. Ia adalah cerminan perjalanan setiap wanita yang pernah diragui, pernah jatuh, tetapi memilih untuk bangkit dengan lebih bijak dan lebih kuat.Tidak terhenti di GLAM Malaysia, Tiffany & Co. dan Biz of RE mengangkat suara-suara seperti Siti Saleha kerana setiap wanita layak untuk bersinar, dengan caranya yang tersendiri. ICON Malaysia dan Harper’s BAZAAR Malaysia juga bekerjasama menjayakan kempen ini. Ikuti juga kisah wanita-wanita hebat seperti Jane Chuck dan Shalma Ainaa di platform Youtube masing-masing.
Pengarah Kreatif, Nisa’ Halid Pengarah Seni, Amirul Ariffin Pengarah Visual, Syafiq Sazaly Penolong Pengarah Visual, Zakwan Taufiq Fotografi, Lily Alissa Jurusolek Selebriti, Ezad Ibrahim Dandanan Rambut, Bibian Leong Lokasi, Presidential Suite, Park Hyatt Hotel KL Pelatih Amali, Nurul Izzati & Nur Afiqah
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
