Jam Tangan Mewah Menyerikan Penampilan Siti Nurhaliza Di Minggu Fesyen Kuala Lumpur
GLAM Profil: Shukri Shari
Samsung Galaxy Z Flip5 Dilancarkan, Kini Tampil Dengan Skrin Depan Lebih Luas!
Siti Saleha & Tyra Kamaruzzaman Serlah Gaya Feminin Longines
Sia Bergelut Depresi Tiga Tahun Akibat Perceraian
Home > Gaya Hidup > Justin Timberlake Umum Pelancaran Album Baru

Justin Timberlake Umum Pelancaran Album Baru

Selepas hampir enam tahun, Justin Timberlake akhirnya muncul dengan buah tangan terbaru buat peminat. Minggu lalu aktor dan penyanyi ini memadam kesemua hantarannya di Instagram — langkah yang semakin popular di kalangan artis. Justin kemudiannya berkongsi foto tarikh persembahan di kampung halamannya, Memphis di mana dia membuat debut lagu baru berjudul Selfish. Rakaman konsert yang dimuat naik di Instagram menunjukkan bekas anggota kumpulan NSYNC itu membuat persembahan di hadapan penonton. Dia turut berkongsi klip lagu versi rakaman studio di akaun TikTok miliknya. Sehari selepas berlangsungnya konsert, Justin mendedahkan bahawa album terbarunya diberi judul Everything I Thought It Was. Pengumuman itu menampilkan treler video muzik diiringi suara pelakon Benicio Del Toro. “Justin Timberlake Presents: Everything I Thought It Was,” tulisnya di ruangan kapsyen. https://www.instagram.com/p/C2Tyaj2slxP/

Justin Timberlake Kembali Menggegarkan Industri Muzik

Ini merupakan album solo keenam pemuzik itu selepas Justified (2002), FutureSex/LoveSounds (2006), The 20/20 Experience (2013), The 20/20 Experience – 2 of 2 (2013) dan Man of the Woods (2018). Bintang yang terkenal dengan gelaran ‘Prince of Pop’ ini dijadualkan membuat kemunculan di The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada 26 Januari untuk mengumumkan pelancaran albumnya secara rasmi. September tahun lalu Justin kembali bersatu dengan NSYNC dan mengeluarkan lagu baru berjudul Better Place. Ia menandakan lagu pertama mereka selepas 23 tahun. Better Place merupakan runut bunyi bagi filem Trolls Band Together di mana Justin meminjamkan suaranya untuk watak Branch. Foto: Getty Images Baca: Album Ke-20 Siti Nurhaliza, SITISM Raih Sambutan Luar Biasa