Home > Gaya Hidup > Lima Tip Penting Apabila Berkunjung Ke K11 MUSEA
Lima Tip Penting Apabila Berkunjung Ke K11 MUSEA
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
May 04, 2023
K11 MUSEA bakal memberi aspirasi dan inspirasi kepada pengunjung dengan daya kreativiti serta inovasi mereka.
Jika mahukan satu pengalaman unik ketika membeli belah, silalah buat perancangan ke K11 MUSEA. Satu idea yang dihasilkan oleh Adrian Cheng yang memadukan pengalaman mewah dengan daya kreatif paling jitu. K11 MUSEA yang terletak di Victoria Dockside menjadi mercu tanda Hong Kong terkini. Bukan sahaja kerana mempunyai barisan jenama mewah mahupun restoran bermutu tinggi. Di sini juga Cheng meletakkan aspek seni yang cukup dekat dengan hatinya. https://www.instagram.com/p/Cng0pg7SgdI/?hl=en MENGHARGAI OBJEK SENI DARI CHIHARU SHIOTA HINGGA KE STERLING RUBY
Melangkah masuk ke K11 MUSEA cukup unik sekali. Ia bukan seperti pusat membeli belah yang lain ada di Kuala Lumpur mahupun sekitar Asia. Adrian Cheng cukup cintakan seni. Maka nampak jelas sekali pada setiap ruang K11 MUSEA kerana setiap ruangnya diisi dan diperindah dengan hasil kreatif karya penting seni moden sekarang. Instalasi seperti daripada Sterling Ruby yang bertajuk CDCR menyambut ketibaan pengujung yang tiba di lantai bawah. Chiharu Shiota pula menghasilkan instalasi menggunakan kertas merah yang bergantungan dari atap utama KK11 MUSEA. Dalam setiap kertas itu mempunya harapan yang ditulis oleh orang ramai tentang apa yang mereka mahukan buat masa hadapan. Di luar K11 MUSEA pula ada Hot Dog Bus ilham Erwin Wurm dimana Volkswagen Microbus vintaj ditukar menjadi van seakan hot dog.
ALAMI PAMERAN KREATIF ‘CITY AS STUDIO’
Usaha lain yang dijulang oleh Adrian Cheng adalah memberi pendekatan seni kepada semua. Maka K11 MUSEA bersama K11 Art Foundation telah memilih melancarkan pameran City as Studio. Ia merupakan pameran seni yang berkisar tentang grafiti dan seni jalanan paling besar pernah dianjurkan di China. Ada lebih 100 karya seni yang dipamerkan mengikut lokasi penting seperti New York dan Los Angeles. Karya-karya ini adalah hasil daripada 30 artis yang dipilih oleh Jeffrey Deitch, kurator kepada pameran City as Studio. Nama artis yang terlibat buat pameran unik ini termasuklah Jean-Michel Basquiat, KAWS dan Martin Wong. Pameran ini berlangsung sehingga 14 Mei 2023.
MASUK KE KELAS L’ÉCOLE, SCHOOL OF JEWELRY ARTS
Terletak di tingkat lima di K11 MUSEA, kelas barang kemas ini adalah tarikan yang penting kepada semua. L’école, School of Jewelry Arts pertama ditubuhkan pada 2012 di Place Vendôme dan hanya dua tahun kemudiannya, L’école, School of Jewelry Arts dibuka di luar Paris. Hong Kong menjadi lokasi pilihan dan paling mengbanggakan adalah kerana berlabuh di K11 MUSEA. Komuniti peminat barang kemas sekitar Asia terbang ke sini untuk mempelajari tentang seni pertukangan barang kemas. Selain itu, L’école, School of Jewelry Arts juga melangsungkan pelbagai pameran tentang barang kemas. Ada juga perpustakaan mini yang disediakan khas buat tetamu ke L’école, School of Jewelry Arts.
NIKMATI AFTERNOON TEA DI 161 AT FORTNUM & MASON
Apa yang lebih klasik daripada menikmati hidangan teh yang mempunyai resepi tiga abad lamanya. Inilah keunikan yang ada di 161 At Fortnum & Mason. Melangkah masuk ke kafe ini, tetamu akan berkenalan dengan pelbagai teh yang ada daripada jenama yang menjadi kegemaran keluarga diraja Britain. Naik ke tingkat atas pula, tersedia ruang makan dengan pemandangan laut di Victoria Harbour. Khas buat 161 At Fortnum & Mason adalah hidangan afternoon tea mereka. Hidangan ini disediakan sama sejak abad ke-19. Selain itu sesi High Tea di 161 At Fortnum & Mason pula dicipta oleh Fortnum pada 1738 dengan hidangan mudah seperti Scott Egg. Menu lengkap afternoon tea di 161 At Fortnum & Mason ada di sini.
KENALI BINTANG ASIA DI AVENUE OF STARS
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026


