Dolla Mangsa Terbaharu Influenza
Zac Efron Terima Pengiktirafan Hollywood Walk of Fame
Yoga Atau Pilates? Mana Satu Sesuai Untuk Anda
Bukan Sekadar Manis, Kenali Jenis Kurma Yang Paling Sesuai Untuk Anda
All In One! Ini 5 Percutian Mewah Kapal Persiaran

Kediaman Mewah Yang Pernah Didiami & Dimiliki Marilyn Monroe

Tanggal 1 Jun 2023 menandakan ulang tahun kelahiran ke-97 Marilyn Monroe, jika dia ditakdirkan masih hidup hari ini.

Masih digelar simbol seks, Marilyn Monroe bermula sebagai model gambar tempel atau pin-up sebelum mengembangkan bakatnya ke layar perak. Terkenal dengan komedi seperti dalam filem Gentlemen Prefer Blondes (1953), dia merupakan salah seorang bintang 20th Century Fox yang paling mendatangkan keuntungan. Aktres itu menjadi tumpuan dalam jilid pertama majalah Playboy malah dikhabarkan menjalin hubungan sulit dengan Presiden John F. Kennedy. Sebelum maut akibat pengambilan dos barbiturat berlebihan ketika berusia 36 tahun pada 1962, Marilyn Monroe meninggalkan banyak kesan pada budaya popular - termasuk hartanah.

Glam senaraikan beberapa kediaman Marilyn Monroe yang kini bernilai jutaan ringgit.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

RUMAH AGAM RUNYON CANYON

Selepas berkhidmat di kelab khas wanita, Hollywood Studio dan Beverly Hills Hilton, dia dan suami kedua, bintang New York Yankees Joe DiMaggio berpindah ke rumah agam mewah Runyon Canyon di Hollywood Hills pada 1954. Malangnya perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan.
2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse