Rahsia Kesihatan Buah-buahan Kering Yang Ramai Tidak Tahu
Selamat Bernikah, Miller Khan Pilih Pereka Fesyen Sebagai Suri Hati
Instagram Menjadi Landasan Selebriti Meraikan Cinta Abadi Mereka
5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman
Oscar Curse: 5 Selebriti Hollywood Yang Pernah Mengalaminya

Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK

Anda mungkin tidak pernah mendengar tentang Hugh Grosvenor mahupun melihat foto wajahnya. Tetapi seawal usia 25 tahun, dia telah pun mewarisi gelaran Duke of Westminster dan mempunyai portfolio hartanah antarabangsa yang sangat luas.

Kini pada usia 32 tahun, Hugh Grosvenor bergelar individu terkaya bawah 35 tahun di United Kingdom dengan nilai kekayaan RM59 bilion. Walaupun memiliki kekayaan luar biasa dan hubungan dengan kerabat Diraja, Duke of Westminster menikmati kehidupan jauh dari perhatian. Dia dilaporkan sibuk menyelia harta pusaka, terlibat dalam kerja amal keluarga dan bersaing dalam pertandingan menembak skit.

Glam kongsikan beberapa perkara menarik mengenai Hugh Grosvenor.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mewakili Great Britain Dalam Acara Menembak Skit

Menurut Times, Hugh Grosvenor meluangkan kebanyakan masanya dalam sukan menembak skit dan mewakili pasukan kebangsaan dalam pertandingan. Dia bertanding menggunakan nama Hugh Westminster, mengikut profil Sukan ISSF. Setakat ini dia pernah memasuki pertandingan peringkat antarabangsa di Doha dan Kaherah. April lalu, dia meraih tempat ketiga dalam sebuah acara di National Clay Shooting Centre dan fotonya di atas podium dikongsikan British Shooting dalam akaun Instagram mereka.

Eaton Hall. Foto: Getty Images

  Foto: Getty Images Baca: Kenali Isabella, Puteri Denmark Yang Dianggap Bertuah
5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse