Harry Styles ‘Meludah’ Chris Pine? Ini Yang Terjadi di Venice Film Festival ke-79!
GBC Love Wellness: Onsen Rahsia Kulit Sihat & Jiwa Tenang
Rumah Tangga Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan Kini Retak Menanti Belah?
10 Negara Paling Mewah Di Dunia 2023
Segarkan Aidilfitri Dengan Resipi Bunga Raya Mocktail

Kenali Jordan Beckford, Anak Supermodel Terkenal 90-an Tyson Beckford

Model tampan berdarah kacukan, Tyson Beckford mendominasi pentas peragaan global pada tahun 90-an.

Namanya masyhur sebagai model lelaki Ralph Lauren Polo malah pernah dinobat sebagai model terbaik VH1 pada 1995. Namun apa yang lebih penting, Tyson Beckford berjaya mencetus perubahan di pentas peragaan buat generasi akan datang. Rupa paras eksotiknya adalah hasil kacukan bapanya yang berdarah campuran Jamaica dan Cina serta ibunya yang berketurunan Panama.

Model berusia 53 tahun ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jordan Beckford yang tidak asing lagi dalam dunia peragaan. Mungkin ramai menyangka jejaka berusia 25 tahun ini meraih populariti dengan mengikut jejak langkah bapanya. Namun hakikatnya dia mencipta nama dengan menceburi industri muzik terlebih dahulu.

Baca lima fakta mengenai satu-satunya zuriat Tyson Beckford ini

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berbakat Besar Dalam Bidang Muzik

Dibesarkan oleh ibu bapa yang terlibat dalam industri hiburan, tidak menghairankan apabila minatnya dalam bidang muzik turut berkembang. Usai tamat sekolah tinggi, dia menjalani latihan amali di Jungle City New York, studio muzik milik Alicia Keys dan suaminya, Swizz Beats. Dia dinaikkan pangkat menjadi pembantu tidak lama kemudian sambil mengasah kemahiran teknikalnya. Dia berkata dalam satu temu bual, “Apabila dikelilingi oleh begitu banyak bakat besar, anda tidak boleh mengelak daripada menyerap sebahagian daripadanya.”

Foto: Instagram

  Baca: Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef
5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse