Loading media...

Unable to load content
Uqasha Senrose Dirisik Dalam Satu Majlis Tertutup
10 Cara Terbukti untuk Menjadi “Magnet Orang”
Putera William Dedah Momen Paling Menyedihkan Tentang Kematian Puteri Diana
Bingkisan Kuning Istimewa Dari Istana Negara Buat Remy Ishak & Isteri
GLAM Profil: May Tan
Home > Gaya Hidup > Kerana Afasia, Perjalanan Seni Bruce Willis Berakhir

Kerana Afasia, Perjalanan Seni Bruce Willis Berakhir

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lebih empat dekad melibatkan diri dalam dunia hiburan Hollywood, kerjaya Bruce Willis sebagai anak seni menemui titik noktah.

Dua hari lalu ahli keluarga Bruce termasuk isterinya, Emma Heming Willis dan bekas isteri, Demi Moore berkongsi tahap kesihatan terkini bintang Die Hard itu yang mengakhiri perjalanannya sebagai pelakon.

Menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di Instagram, Bruce dilaporkan didiagnos dengan penyakit afasia – masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk bercakap, menulis dan mentafsir bahasa secara vokal mahupun bertulis. Ia biasanya berlaku selepas diserang strok atau gegaran otak.

“Kepada semua penyokong setia Bruce, sebagai keluarga kami ingin berkongsi bahawa Bruce telah lama berdepan dengan masalah kesihatan dan baru-baru ini didiagnos dengan afasia yang memberi kesan terhadap keupayaan kognitifnya.”

https://www.instagram.com/p/Cbu-T0VAukL/

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse