5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie
Kate Middleton Beri Penghormatan Istimewa Buat Ratu Elizabeth Di Konsert Krismas Diraja
Simu Liu Tayang Teman Wanita Di Karpet Merah Anugerah ESPY
Pengiran Anak Sarah: Bakal Permaisuri Brunei Dengan Pesona Tersendiri
Perayaan Spirit of Artistry, Royal Selangor Sambut Ulang Tahun Ke-140!

Matthew Perry Dedah Pengalaman Koma & Hampir Mati Dalam Memoir Terbaharu

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Matthew yang menghabiskan masa lima bulan di hospital ketika itu terpaksa menggunakan beg stoma selama hampir setahun. Seperti yang dinyatakan bintang Fools Rush In itu, pengalaman pahit yang dilalui mengubah segalanya. “Pakar terapi saya berkata, ‘Lain kali apabila anda terfikir mahu mengambil OxyContin, bayangkan anda perlu menggunakan beg stoma sepanjang hayat.’ Saya telah melalui pengalaman itu dan tidak akan sesekali mengambilnya lagi,” tambahnya. Setakat ini dia mempunyai 14 parut pembedahan di abdomen yang digelarnya sebagai peringatan untuk dirinya kekal bebas daripada ketagihan. Matthew turut meluahkan kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia setelah bergelut dengan pengalaman yang hampir meragut nyawanya. “Saya seorang lelaki bertuah. Saya amat bersyukur kerana masih hidup, dan ia memberi saya kemungkinan untuk melakukan apa sahaja.”

Foto: The New York Times

  Foto: New York Post   Baca: Putera William Dedah Momen Paling Menyedihkan Tentang Kematian Puteri Diana  
3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse