Son Ye Jin & Hyun Bin Bakal Disatukan Tiga Hari Lagi
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!
Ewan McGregor & Mary Elizabeth Winstead Timang Cahaya Mata Pertama
Pekerjaan 10 Selebriti Sebelum Bergelar Bintang Hollywood
Destinasi Seni Baharu: 5 Muzium Baharu Yang Bakal Dibuka Pada 2026

Mengapa Puteri Mako Digelar ‘The Next Princess Diana’?

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Meminati Seni

Selain dikenali dengan gaya jalanan, kedua-duanya juga diiktiraf sebagai wanita kreatif. Puteri Diana mempunyai minat mendalam terhadap dunia tarian dan mempelajari semua bentuk seni termasuk jazz, balet dan tap. Menurut Vogue, dia juga pernah membuat persembahan secara duet di Royal Opera House. Puteri Mako pula meminati seni dan mempunyai ijazah dalam bidang seni dan warisan budaya daripada International Christian University di Tokyo. Dia kemudian meneruskan pendidikan dalam sejarah seni di The University of Edinburgh, Scotland. Selepas berpindah ke New York, anak sulung kepada Tengku Mahkota Fumihito dan Puteri Kiko itu bekerja di Muzium Seni Metropolitan sebagai pembantu kurator untuk koleksi seni Asia.

Foto: AP

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse