Most GLAM 2021: Jane Chuck
Tony Awards 2022: Senarai Penuh Pemenang
Mahu Drama Atau Seram? Senarai Yang Mesti Tonton Bulan Ini Di Netflix
Barisan Putera Muda Yang Mencuri Perhatian Dunia
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Puteri Sulung

Michelle Yeoh Bakal Dikurnia Bintang Hollywood Walk Of Fame

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pencapaian Mengagumkan Michelle Yeoh

Pelakon berusia 60 tahun itu melakar sejarah Mac lalu apabila menjadi pelakon Asia dan rakyat Malaysia pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95. Trofi itu diraihnya menerusi persembahan cemerlang dalam Everything Everywhere All At Once. Dalam filem komedi itu, dia memainkan watak Evelyn Wang, seorang pendatang berbangsa Cina, isteri dan ibu yang perlu menyelamatkan dunia.
MICHELLE YEOH

Foto: Getty Images

Michelle Yeoh turut membawa pulang trofi daripada dua anugerah berprestij menerusi filem sama. Dia dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal & Komedi di Golden Globes 2023 yang berlangsung pada bulan Januari. Penghormatan itu telah lama dinantikannya sejak terlibat dalam industri perfileman Hollywood pada 1997 menerusi filem James Bond, Tomorrow Never Dies. “Saya hanya akan berdiri di pentas ini dan menikmati semua ini. Empat puluh tahun… Saya tidak akan melepaskan peluang ini,” katanya sambil menggenggam trofi emas miliknya. Sebulan kemudian, dia dianugerahkan trofi Pelakon Wanita Terbaik di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2023. Michelle Yeoh menewaskan nama-nama besar Hollywood yang dicalonkan dalam kategori sama iaitu Cate Blanchett (Tar), Viola Davis (The Woman King), Ana de Armas (Blonde) dan Danielle Deadwyler (Till).   Foto: Interview Magazine Baca: Michelle Yeoh Didakwa Menyindir Hos CNN Di Pentas Oscar
2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse