Related Stories
Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pendapatan Tidaklah Begitu Memberangsangkan
Jika anda ingin menceburi bidang pemodelan supaya anda boleh memperoleh pendapatan yang besar, anda mungkin akan kecewa. Jessica Schiffer, bekas model dan penyunting penyumbang di Who What Wear berkata bahawa pendapatan kebanyakan model adalah tidak seberapa. Menurut Schiffer, satu- satunya model yang benar-benar menjana wang ialah supermodel. Jika tidak, anda hanya akan menambah hutang kepada agensi anda untuk membayar dahulu yuran penggambaran buat sesi test shoots, pakaian untuk casting, pangsapuri model, dan wang perbelanjaan harian.
Model Wanita Menjana Lebih Banyak Pendapatan
Jika anda seorang lelaki yang ingin mencuba menjadi besar dalam dunia peragaan, prospek anda bakal tampil lebih sulit. Menerusi dunia peragaan adalah salah satu lapangan industri di mana wanita memperolehi lebih banyak wang berbanding lelaki, secara puratanya. Jurang gaji antara lelaki dan wanita adalah besar dan ‘tidak
adil’, terang Elizabeth Rose merangkap ejen model. Model lelaki hanya memperoleh fraksi kecil menjadikannya sehingga 75 peratus kurang daripada model wanita.
Pautan berkaitan: 10 Berlian Paling Mahal Di Dunia
