5 Monarki Terkaya Di Dunia, Brunei Tidak Tersenarai
Kisah Percintaan Selena & Benny Dalam Lagu ‘Call Me When You Break Up’
Kim Kardashian Terima Hadiah Berlian $20,000 Dari Anak
Kehidupan Inap Mewah Di Hotel The Danna Langkawi
Benihana Kini Dibuka di KLCC, Makan Sambil Berhibur!
Home > Gaya Hidup > Patung Lilin Datuk Lee Chong Wei Diabadikan Di Madame Tussauds

Patung Lilin Datuk Lee Chong Wei Diabadikan Di Madame Tussauds

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menerima pengiktirafan istimewa apabila dipamerkan dalam bentuk patung lilin di muzium terkenal Madame Tussauds.

Ini menjadikan legenda badminton negara itu sebagai atlet Malaysia pertama menghiasi Madame Tussauds dan individu kedua selepas bintang Hollywood kelahiran Perak, Tan Sri Michelle Yeoh. Patung lilin Chong Wei ditampilkan dalam jersi tanpa lengan dan seluar pendek berwarna biru serta sepasang kasut gabungan rona biru dan hijau limau sambil tangan kanannya memegang raket. Jersi tersebut adalah yang sama dipakainya ketika Sukan Olimpik Rio 2016 yang menyaksikan dirinya meraih pingat perak ketiga dan terakhir di temasya itu.

Foto: Facebook

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse