Loading media...

Unable to load content
Gaya Selebriti Di Karpet Merah Ulang Tahun ke-50 American Music Awards
Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef
Inarah Sofiya, Emilie Daceey & Rasyiqah Johan: Driven to Inspire
GLAM Exposé: A Day In The Life Of A Wealthy People…
Apa Kaitan Kim Kardashian Dengan Skandal 1MDB?
Home > Gaya Hidup > Penerokaan Kopi Itali Bersama Ikon Fesyen, Chiara Ferragni

Penerokaan Kopi Itali Bersama Ikon Fesyen, Chiara Ferragni

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nespresso mengembangkan rangkaian Ispirazione Italiana dengan koleksi edisi terhad bersama ikon fesyen, Chiara Ferragni yang diilhamkan oleh budaya kopi Itali.

Nespresso Malaysia memulakan tahun baharu dengan penuh gaya bersama ikon fesyen Itali, Chiara Ferragni. Diinspirasikan oleh tradisi kopi serantau Itali, Chiara bersama-sama Nespresso menghasilkan koleksi edisi terhad yang mengembangkan lagi rangkaian Ispirazione Italiana.

Nespresso Chiara Ferragni

Dengan pelancaran kopi Milano Intense, aksesori, serta sebuah mesin kopi yang memberi penghormatan kepada suasana bandar dan tempo kontemporari kota Milan. Ia juga memulakan sebuah perjalanan penuh penerokaan melalui cinta beliau terhadap kopi dengan sebuah siri filem pendek empat bahagian.

 

Penerokaan Kopi Bersama Ikon Fesyen Itali

Bersama ahli sejarah terkenal, Filippo Cosmelli, dia memulakan pengembaraan dengan mempelajari sejarah menarik budaya kopi Rom dan tradisi serta kreativiti kota indah tersebut. Mereka melawat pelbagai lokasi ikonik, termasuklah Antico Caffè Greco untuk menikmati espresso Roma dan meneroka tradisi memanggang gaya Itali.

Nespresso Chiara Ferragni

Perjalanan diteruskan ke seluruh bandar Milan, inspirasi sebenar di sebalik rekaan, rasa, dan nota kopi Milano Intense. Ia berasal daripada lokasi bersejarah seperti Villa Necchi, Palazzo Montedoria dan Gereja Duomo. Menara-menara emas Duomo dan rekaan khas geometrik hijau gelap dengan aksen emas Villa Necchi boleh dilihat dalam koleksi edisi terhad tersebut.

“Cinta saya terhadap kopi dan Itali tidak mengenal batasan, oleh itu saya teruja dapat bekerja sama sekali lagi dengan keluarga Nespresso yang saya hargai untuk menghasilkan koleksi edisi terhad ini. Rangkaian terbaharu ini diilhamkan oleh kreativiti dan budaya Milan yang kaya, dan saya sangat gembira dapat menghasilkan kopi yang penuh kelazatan dengan aksesori dan mesin yang cantik untuk dinikmati para penggemar kopi di mana sahaja mereka berada,” kata Chiara Ferragni.

 

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse