Negara Ini Dinobatkan Sebagai Negara Paling Gembira Di Dunia
Bakal Timang Cahaya Mata, Remy Ishak Berkongsi Kebimbangan Menjadi Bapa
Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia Kini di Bangsar Shopping Center
GLAM Profil: Juita Jauhari
Apa Dimahu Wanita?
Home > Gaya Hidup > Club Med Serre Chevalier Tawar Gaya Hidup Eco-Friendly

Club Med Serre Chevalier Tawar Gaya Hidup Eco-Friendly

Club Med Serre Chevalier baru sahaja selesai diubah suai sepenuhnya. Terletak di lembah Hautes-Alpes, Perancis, resort ini menawarkan pengalaman percutian ski all-inclusive yang lengkap Club Med Serre Chevalier adalah sebuah resort yang terletak di La Salle-les-Alpes ini kini tampil dengan reka bentuk dalaman baru oleh Laurent Maugoust. Ia menggabungkan estetika Alpine tradisional dengan kemudahan moden. Kayu semula jadi mendominasi setiap sudut, dari lobi utama hingga bilik tidur, sementara tingkap besar memastikan pemandangan gunung bersalji sentiasa hadir. Lokasi resort ini cukup istimewa. Bertepatan di kaki lereng ski terbesar di selatan Alps, tetamu mempunyai akses terus ke 250 km cerun yang meliputi kawasan sekitar Taman Negara Écrins. Pakej all-inclusive resort ini merangkumi pas ski, 25 jam kelas berkumpulan bersama jurulatih bertauliah dari École du Ski Français (ESF), peralatan ski dalam loker peribadi, serta semua hidangan. Kanak-kanak dari usia 4 tahun sudah boleh menyertai kelas ski, manakala remaja pula mempunyai program Team Rider tersendiri. Juga, Buat anak-anak kecil berumur 4 tahun ke bawah mendapat pakej percuma! Bagi yang tak ski, ada aktiviti lain yang disediakan oleh Club Med Serre Chevalier. Ada snowkiting, fat biking atas salji, heli-skiing, paragliding tandem dan pelbagai aktiviti keluarga. Resort ini menawarkan tiga pilihan utama. Restoran Le Vauban berfungsi sebagai pusat sosial utama dengan menu pelbagai pilihan. La Meije pula menumpukan masakan tradisional Hautes-Alpes seperti fondue dan pierrade. The Izoard bar hadir dengan pemandangan panoramik ke arah kampung La Salle-les-Alpes. Satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan adalah melawat bandar Briançon, bandar tertinggi di Perancis pada ketinggian 1,326 meter. Ia telah diiktiraf sebagai Ville d’Art et d’Histoire (Bandar Seni dan Sejarah), dan kubu pertahanannya dari abad ke-17 yang dibina oleh arkitek tentera Vauban di bawah pemerintahan Louis XIV. Kini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Club Med Serre Chevalier Selepas penat di cerun, spa Payot yang baru direnovasi dengan 8 kabin wellness dan tab mandi terma berhampiran di Le Monêtier jadi tempat paling seronok. Kolam renang indoor dengan pemandangan panoramik gunung itu pula buat tetamu betul-betul berasa terapeutik. Artikel Berkaitan: Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia