Home > Gaya Hidup > Pengarah Kreatif Baharu Moschino, Davide Renne Meninggal Dunia
Pengarah Kreatif Baharu Moschino, Davide Renne Meninggal Dunia
Rumah fesyen Itali, Moschino mengejutkan dunia apabila mengesahkan berita pemergian Davide Renne pada usia 46 tahun.
Mendiang baru sembilan hari berkhidmat sebagai pengarah kreatif jenama itu. Punca kematian Davide Renne tidak didedahkan, bagaimanapun syarikat induk Moschino, Aeffe memaklumkan ia disebabkan ‘penyakit mengejut’.
“Tiada perkataan mampu menggambarkan keperitan yang kami rasai ketika ini. Davide menyertai kami hanya beberapa hari lalu, dan penyakit mengejut meragut nyawanya secara tiba-tiba. Kami masih rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku,” kata Massimo Ferretti, pengerusi Aeffe.
Menurut laporan The New York Times, dia meninggal dunia disebabkan serangan jantung.
Koleksi pertamanya dijangka dipentaskan di Minggu Fesyen Milan pada Februari 2024. Sebelum ini dia merupakan ketua pereka pakaian wanita di Gucci dan mempunyai dua dekad pengalaman bekerja dengan jenama itu.
Beberapa tokoh berpengaruh dalam industri fesyen memberi penghormatan terakhir kepadanya di media sosial. Harris Reed, pengarah kreatif Nina Ricci menggambarkan Davide Renne sebagai ‘a true angel’ manakala model dan penyanyi Karen Elson menulis, “Hati saya hancur. Berehatlah dengan tenang Davide.”
Mentornya, Alessandro Dell’Acqua berkongsi kesedihannya menerusi satu perkongsian di Instagram. “Selamat tinggal Davide! Kamu akan sentiasa berada dalam hati saya.”
Foto: Alessio Balzoni
Baca: Pereka Fesyen “Sensual Obsessive”, Emanuel Ungaro Meninggal Dunia
Davide Renne, Pereka Berbakat Besar
Mendiang dilahirkan di Fallonica, Tuscany pada Julai 1977. Selepas tamat pengajian di University of Florence dan sekolah fesyen Polinoda, dia bekerja dengan pereka Itali Alessandro Dell’Acqua sebelum menyertai Gucci pada 2004. Pelantikan Davide Renne sebagai pengarah kreatif baharu Moschino diumumkan pada 16 Oktober lalu, menggantikan Jeremy Scott yang berundur pada Mac 2023. Dia memulakan tugasnya secara rasmi pada 1 November dan meninggal dunia pada 10 November di Milan.
Foto: Ilmessaggero
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
