Home > Gaya Hidup > Rai Wanita Most GLAM 2022 Bersama Volvo XC40 Recharge Pure Electric
Rai Wanita Most GLAM 2022 Bersama Volvo XC40 Recharge Pure Electric
Most GLAM 2022 menjulang wanita-wanita penuh impak. Seiring dengan misi yang sama, Volvo XC40 Recharge Pure Electric turut merai juita inspirasi ini.
Apakah misi Most GLAM diwujudkan pada saban tahun ini? Ia sebenarnya adalah sebuah acara yang menjulang wanita-wanita hebat pilihan GLAM yang kami yakin memberi impak positif kepada negara. Sesungguhnya, lima wanita yang telah dipilih GLAM iaitu Marion Caunter, Ally Mukhriz, Nabila Huda, Sherry Al-Hadad dan juga Natalie Prabha mempunyai perjuangan mereka yang tersendiri. Baik menyuarakan hak wanita, berkongsi peluang pekerjaan kepada yang memerlukan, menyebar kata positif melalui platform kukuh mereka serta keprihatinan terhadap alam sekitar, kesemua mereka ternyata membawa nafas baru kepada komuniti GLAM hari ini. Kesemua tetamu yang hadir mengenakan busana daripada palet rona merah jambu mengikuti tema pada malam itu iaitu “Pink Impact”. Menggayakan mengikut stail peribadi, masing-masing kelihatan cukup versatil dan segar. Seiring dengan itu, Volvo Car Malaysia turut menampilkan kenderaan elektrik pertamanya, XC40 Recharge Pure Electric untuk menyokong misi malam yang dirai ini. Kedua-duanya tampil gah dan saling mengimbangi antara satu sama lain. Tahukah anda, kenderaan elektrik ini bukan sahaja memberikan keselesaan pecutan yang lancar dan selamat, bahkan turut tampil memperkasakan pemanduan ke arah masa depan yang mampan dengan mementingkan kelestarian.Volvo XC40 Recharge Pure Electric
Volvo Car Malaysia telah melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Volvo XC40 Recharge Pure Electric pada Mac 2022 yang lalu dan ia telahpun mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Kali ini, kenderaan elektrik tersebut telah tampil dalam versi yang baharu dengan perincian yang dinaiktaraf untuk menjadi lebih versatil dan akan memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik untuk anda. Model versi baru tahun 2023 XC40 Recharge Pure Electric hadir dengan siri warna luaran tambahan iaitu ‘FJORD BLUE’ selain daripada warna sedia ada seperti ‘Crystal White’, ‘Black Stone’, ‘Thunder Grey’ juga ‘Sage Green’.Selain itu, reka bentuk dalaman kenderaan elektrik ini menawarkan tekstil Suede Charcoal Connect pada tempat duduk dan ciri Foot Movement Detection Module (FMDM) yang di naiktaraf untuk memperkasakan lagi ciri versi terbaru model ini. Volvo XC40 Recharge Pure Electric MY23 ini dijual pada harga RM278,888** dan kini boleh ditempah secara langsung menerusi laman web rasmi Volvo Car Malaysia.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026










