Soal Jodoh: Ini Tip Pilih Pasangan Hidup Yang Tepat Buat Wanita
Putera & Puteri Diraja Malaysia dan Brunei Hebat Beraksi di Sukan SEA 2025
Jennifer Garner Bakal Bergelar Isteri Sekali Lagi?
The Crown, Nomadland Dan The Queen’s Gambit Kuasai Anugerah Critics Choice 2021
5 Buku Terbaru untuk Dibaca pada Mac 2025

Rakan Selebriti Ratapi Pemergian Angus Cloud Dengan Mesej Menyentuh Hati

Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian aktor Angus Cloud pada usia begitu muda, 25 tahun.

Pelakon yang terkenal dengan peranannya sebagai Fezco O’Neill dalam siri Euphoria itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di California, Amerika Syarikat. Ahli keluarganya mengesahkan khabar duka itu menerusi satu kenyataan rasmi dua hari lalu.

“Dengan berat hati kami terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada insan luar biasa hari ini. Sebagai seorang artis, rakan, abang dan anak lelaki, Angus amat istimewa buat kami semua dalam pelbagai cara. Minggu lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya dan bergelut dengan kehilangan ini. Angus kini bersatu semula dengan bapanya, yang juga rakan baiknya.”

Angus Cloud dilaporkan sukar menerima hakikat kematian bapanya dan ini mengganggu kesihatan mentalnya. Bagaimanapun punca sebenar pemergian pelakon ini masih belum didedahkan. Kehilangannya mengundang duka di hati bintang Hollywood terutama kru dan pelakon siri popular Euphoria.

Ini antara rakan selebriti Hollywood yang meratapi pemergian Angus Cloud

4 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Colman Domingo

Pelakon yang memegang watak Ali dalam siri itu berkongsi foto barisan pelakon di acara tayangan perdana. “Dan itulah senyumannya. Itulah dia. Semoga dia berehat dengan tenang,” tulisnya. Dia turut memuat naik sekeping fotonya bersama Angus Cloud dan Jacob Elordi di Instagram berserta kapsyen menyentuh hati. “Tiada yang lebih nyata, asli dan manis daripada ini. Saya sayangkannya. Sentiasa tersenyum. Saya harap jiwanya kini tenang.” Angus Cloud.
4 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse