Fasha Sandha: On Claiming Her Freedom & Starting over
Rahsia Almari Fouziah Gous
“Fesyen ibarat mood swing” – Nina Nadira
Sensasi Kolaborasi BLACKPINK dan KIA Seltos
Pilihan Personaliti: Alisia Lewis
Home > Personaliti > Rihanna Is Officially Back In The Market!

Rihanna Is Officially Back In The Market!

Selain single dan album terbarunya, ramai peminat-peminat Rihanna ternanti-nantikan bila agaknya penyanyi, pelakon, usahawan dan ikon fesyen ini bakal menamatkan zaman bujangnya. Walau pernah melalui beberapa siri hubungan yang tidak menjadi, seperti bersama Chris Brown dan lain-lain, Rihanna sentiasa cuba untuk memprivasikan status hubungannya namun mudah dihidu oleh pihak media. Jika sebelum ini, Rihanna dikhabarkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel namun baru-baru ini khabarnya hubungan mereka berantakkan dan Rihanna, kembali solo!

Tinggal kenangan…

Menurut laporan JustJared, selepas menjalinkan hubungan selama tiga tahun lama, Rihanna yang berusia 31 tahun ini pernah mengakui sudah bersedia untuk dilamar dan menjadi isteri, dan ibu kepada anak-anak jutawan tampan itu. Namun, malangnya, jodoh mereka tidak sampai dan sudah pasti peminat mengharapkan Rihanna menemui cinta agungnya suatu hari nanti. Namun apa benar khabarnya Rihanna kini sedang intim dengan seorang rapper iaitu ASAP Rocky? If it’s true, all the best you Rihanna!