Home > Gaya Hidup > Rohana Jalil, Dalam Ingatan Penggiat Industri Seni
Rohana Jalil, Dalam Ingatan Penggiat Industri Seni
Alunan merdu suara Allahyarhamah Rohana Jalil pasti akan dirindui ramai terutama sekali buat para penggiat seni tempatan.
Popular dengan lagu Rayuanku, siapa tidak kenal dengan penyanyi era 80-an juga figura ibu hebat kepada pelakon juga penyanyi, Kilafairy, ini. Allahyarhamah Rohana Jalil atau nama sebenarnya, Dara Jalil, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tarikh 20 Jun 2023 jam 11.33 malam yang lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dimasukkan ke hospital semenjak dua bulan yang lalu akibat komplikasi masalah kebocoran usus, Allahyarhamah yang senantiasa ditemani keluarganya di hospital dikatakan mulai tidak sedar sedari tengah hari Selasa yang lalu. Menurut pengurusnya yang dipanggil ‘Jepun’ menerusi temu bual bersama Berita Harian berkata,
Arwah sudah tidak sedarkan diri sejak tengah hari tadi. Selepas melihat keadaan arwah semakin kritikal, doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul di hospital sejak jam 5 petang.Disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya pada Rabu yang lalu, turut kelihatan bersama-sama buat kali terakhir adalah Khadijah Ibrahim, Fasha Sandha, Tya Arifin, Izara Aishah, Jaafar Onn, Haiza serta ramai lagi rakan artis seperjuangan. Pemergian Allahyarhamah ternyata memberi kesan pedih buat teman-teman rapat. Menerusi perkongsian Kilafairy di Instagram miliknya,
“Hari yang paling saya takutkan telah tiba. Tiada pilihan lain selain melalui dunia yang kejam ini tanpa anda di sisi saya, Mama…”
-Kilafairy
https://www.instagram.com/p/Ctvf94LyREY/ Tidak ketinggalan, rakan seperjuangan, Haiza Hanafi, turut bersedih dengan kehilangan Rohana Jalil,
“Selamat berehat Kak Ana.Allah lebih sayang Kak Ana.Allah permudah segala urusan.Usai bacaan yasin malam tadi untuk Kak Ana kami dikejutkan sengan pemergian akak 🤍🤍 Bila akak bertarung dengan sakit yang akak lalui sebenarnya Allah nak angkat darjat akak.Moga bertemu di syurga kak.Alfatihah DARA JALIL. Haiza sayang Kak Ana. Salam takziah Abg Janghir, @kilafairyofficial Dekra Shila @eva_suzie dan seluruh keluarga”
GLAM turut ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah buat Kilafairy sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Pautan Berkaitan: Sembang Raya Bersama KilafairySee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
