Home > Gaya Hidup > Millennial It-Girl: Tyra Kamaruzzaman
Millennial It-Girl: Tyra Kamaruzzaman
Glam menampilkan Millennial It-Girl bulan ini seorang gadis yang bukan sahaja mempunyai rupa paras yang menawan, malah mempunyai perniagaan produk kecantikannya sendiri yang sangat popular di kalangan remaja. Tidak lain dan tidak bukan cik gadis jelita, Tyra Kamaruzzaman!
Usahawan, duta, influencer, namakan sahaja apa yang pengasas BeauTyra ini boleh lakukan! Ikuti temu bual santai bersama Athirah Kamaruzzaman atau lebih mesra dipanggil Tyra mengenai dirinya, fesyen kegemaran, rutin cantik dan persiapan raya yang bakal menjelma!
2. Apa item solekan kegemaran Tyra yang tidak boleh tinggal dan mengapa?
Item solekan kegemaran Tyra sudah semestinya pemerah pipi dan gincu. Tyra merasakan kedua-dua item ini sebagai penambah warna pada wajah. Kalau tak bersolek, pakai pemerah pipi dan gincu sahaja, muka sudah boleh nampak segar seperti mengenakan solekan penuh pada wajah. A little blusher and lipstick helps!
3. Jika diberi pilihan untuk berjumpa seorang sahaja idola Tyra, siapakah dia?
Tyra sangat berminat untuk berjumpa dengan Bernard Arnault, pengasas dan pengerusi Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH). Tyra sangat kagum dengan LVMH dan jenama-jenama yang berada di bawah LVMH. Saya teringin untuk duduk dan berbual dengannya tentang perniagaan dan strategi dalam mengembangkan LVMH sehingga menjadi kepada sekarang.
4. Raya bakal menjelma! Kongsikan persiapan raya Tyra untuk tahun ini.
Persiapan raya setiap tahun sama sahaja, kerana Tyra tidak balik kampung. Jadi, memang akan tolong mama Tyra masak dan buat kerja rumah seperti biasa. Raya di KL sudah pasti berbeza dengan raya di kampung. Tetapi masih seronok kerana suasana raya itu masih ada!
5. Sebagai pengasas jenama BeauTyra, apa kejayaan terbesar yang paling Tyra banggakan?
Kejayaan daripada Beautyra sangat banyak, Tyra merasakan banyak yang sudah kami capai. Namun, perkara yang paling Tyra banggakan semestinya dapat bekerjasama bersama Disney. Ia bukanlah perkara senang untuk jenama lokal yang kecil seperti BeauTyra untuk dapat berkolaborasi dengan jenama yang sangat besar. Jadi, to be acknowledge dan bekerjasama dengan jenama besar seperti Disney sudah pasti kejayaan yang sangat besar buat Beautyra.
Miss Universe 2023: Ini Fakta Unik Yang Perlu Ambil Tahu
Evolusi Siri Galaxy Buds: Mengubah Gaya Hidup Melalui Inovasi Audio Tanpa Wayar
Ayuh Kenali YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam
6 Pelukis Wanita Kontemporari Yang Mengubah Wajah Seni Global
Hidangan Mewah Sempena Valentine’s Day
Harnaaz Sandhu Dari India Menang Miss Universe 2021
6. Aksesori fesyen paling Tyra gemarkan?
Tyra merupakan seorang yang sangat simple. Jadi Tyra agak jarang untuk berfesyen, tetapi Tyra tak akan lupa untuk mengenakan anting-anting, gelang dan jam tangan. Tyra berasa kosong jika tidak pakai semua itu.
7. Dikenali sebagai seorang wanita yang mempunya kulit tan yang cantik, apa rutin penjagaan wajah harian Tyra?
Rutin penjagaan wajah harian Tyra sangat mudah. Saya berpegang pada asas iaitu pencuci, pelembab muka dan never skip sunscreen! Malam pula, memang penting untuk Tyra membuat rutin double cleanse. Tyra suka menggunakan produk Kayman dalam rutin harian Tyra.
8. Lagu raya yang Tyra rasa paling tak lapuk dek zaman ialah?
“Seloka Hari Raya” akan sentiasa menjadi pilihan lagu raya buat Tyra. Ia mengimbas begitu banyak kenangan dan Tyra merasakan lagu itu membuatkan semua orang ingat tentang kegembiraan Hari Raya.
9. Apa nama-nama kucing kesayangan Tyra?
Tyra ada 7 kucing! Semua pun Tyra sayang sangat. Mereka terdiri daripada Loka, Oreo, Bear, Tiger, Tutty, Tomot & Telabu.
10. Jika Tyra ditakdirkan bertukar bidang menjadi seorang pereka fesyen, fesyen jenis apa yang akan menjadi label pakaian Tyra?
Haha! Wow ini soalan yang sangat susah! Tetapi jika Tyra seorang pereka fesyen, Tyra rasa akan keluarkan resort wear dan sesuatu yang simple serta minimalis untuk pakaian harian. Saya merupakan wanita yang sangat simple, jadi ia akan seiring dengan apa yang Tyra selalu padankan.
11. Apakah nasihat terbaik pernah Tyra terima dan daripada siapa?
Nasihat yang selalu Tyra dengar dan amalkan adalah kebanyakannya daripada mama Tyra. Mama selalu ingatkan untuk tidak lupa diri, selalu berbuat baik dengan orang, selalu bersedekah dan jangan kedekut. Semua ni Tyra amalkan dan ia membantu murahkan rezeki Tyra dalam pelbagai jalan. Dengar kata dan nasihat daripada ibu memang tidak akan rugi, she is always right with whatever she says.
12. Nasihat Tyra buat para gadis di luar sana yang menginspirasikan Tyra sebagai idola?
Tidak banyak nasihat daripada Tyra, kerana masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri Tyra ini. Tetapi apa yang Tyra boleh katakan untuk gadis-gadis di luar sana yang sama muda seperti Tyra, sayangilah diri sendiri. Banyakkan belajar tentang diri sendiri melalui ini. Masih panjang perjalanan hidup dan pelbagai lagi yang kita akan temui tentang diri kita sendiri.Bagaimana anda sayang dan treasure orang lain, seperti itulah patut anda buat pada diri sendiri. Anda akan temui pelbagai kemungkinan yang tiada pengakhirannya.
Pautan Berkaitan: Siti Saleha & Tyra Kamaruzzaman Serlah Gaya Feminin Longines
Tyra Kamaruzzaman, Milliennial It-Girl Bulan Ini
1. Apakah sejarah disebalik jenama kecantikan BeauTyra? BeauTyra diasaskan pada tahun 2018, tetapi semua kerja-kerja bermula sejak 2017 lagi. Perancangan dan segalanya dilakukan pada tahun 2017, termasuk dalam melontarkan idea BeauTyra kepada pelabur. Bermula dengan tiga pemerah pipi yang menjadi produk bintang kami iaitu Feline, Flamenco dan Mermaid. Kami lancarkan dalam talian sepenuhnya dan turut bekerjasama dengan Shopee. Kami terus berkembang sehingga kini, Alhamdulillah.
Foto: Instagram Tyra Kamaruzzaman

Foto: Tyra Kamaruzzaman’s Instagram

Foto: BeauTyra’s Instagram
See Also

Tyra Kamaruzzaman’s Instagram
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
