Home > Gaya Hidup > Samsung Salon d’AI : Dunia Komunikasi Baharu Bersama Galaxy AI
Samsung Salon d’AI : Dunia Komunikasi Baharu Bersama Galaxy AI
GLAM berpeluang menyertai forum media global di Samsung Salon d’AI, membincangkan kepentingan memperluaskan akses peranti AI kepada pengguna hari ini.
Mengambil tempat di 3 Mazarium, Paris, sehari selepas pelancaran global Galaxy Unpacked 2024, Samsung menganjurkan forum media Salon d’AI berdiskusi tentang kepentingan masa hadapan AI di dalam ekosistem teknologi hari ini. Membariskan barisan panel daripada pakar pelbagai industri gah seperti Google, Qualcomm Technologies, Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) dan ramai lagi. Lebih daripada 300 orang tetamu dan media memenuhi ruang auditorium mendengar cerapan istimewa yang dibentangkan oleh para panel.
Saat teknologi AI hari ini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, sebenarnya adalah amat penting buat Samsung memahami perasaan masyarakat dalam penerimaan teknologi ini. Samsung bersama-sama syarikat kolaborasi dalam industri ingin memastikan AI memberi impak positif baik buat jangka pendek atau juga jangka panjang sejajar dengan keperluan masyarakat hari ini. Bukan itu sahaja, persepsi dan tanggapan terhadap AI hari ini adalah pelbagai. Ada yang melihatnya sebagai alat yang memudahkan dan meningkatkan produktiviti, manakala yang lain mungkin lebih bimbang akan perihal privasi, kehilangan pekerjaan juga impak etika. Dengan memahami pandangan ini, kajian dan diskusi ini boleh menentukan di mana perubahan dan penambahbaikan perlu dibuat.
Samsung telah menjalankan tinjauan terhadap 5,000 responden berumur 18 tahun ke atas dari Perancis, Jerman, Korea, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada Jun 2024. 1000 responden dari setiap pasaran telah dipilih untuk memberi gambaran yang seluas mungkin tentang pandangan mereka terhadap teknologi ini. Para responden ini dinilai berdasarkan pemahaman mereka tentang hubungan kualiti kehidupan dan penggunaan AI secara rela menerusi aspek kreativiti, produktiviti, hubungan sosial juga kesihatan fizikal.
Bukan Sekadar Manis, Kenali Jenis Kurma Yang Paling Sesuai Untuk Anda
10 Lagu Raya Ikonik Yang Sentiasa Menghidupkan Suasana Syawal
Mimifly, Sophia Liana & Aliana Azizi: Beyond Bars and Beats
Ariana Grande Sah Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Intim
Tahniah! Jehan Miskin Timang Putera Sulung
Pengalaman Luar Biasa: RE x Samsung Experiential Networking
Salon d’AI
Berdasarkan kajian Samsung bersama kumpulan penyelidik dan pakar AI terkemuka Symmetry, Goldsmiths, University of London, Dr. Chris Brauer, dan ramai lagi, laporan menunjukkan majoriti masyarakat amat teruja dengan potensi yang ditunjukkan AI mudah alih, dengan pelbagai laporan tambahan menyatakan mereka akan menyokong teknologi ini di era masa hadapan yang lebih maju. Bukan itu sahaja, penggunaan AI untuk fungsi menterjemah dan berkomunikasi dengan orang berlainan bahasa telah dikenal pasti sebagai ciri AI paling banyak digunakan. Responden dari Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat menyatakan itu adalah aplikasi utama mereka. Manakala responden dari Perancis dan Korea umumnya bersetuju dan menyatakan ia adalah aplikasi AI yang kedua paling banyak digunakan di negara mereka. Boleh dikatakan, penerimaan baik terhadap AI mudah alih ini dapat dilihat dikalangan generasi dan pengguna hari ini. Lebih daripada 52 peratus berpendapat bahawa mereka menyokong dan akan terus menggunakan teknologi ini seiring dengan era maju dan moden. Manakala 46 peratus berkongsi mereka hanya menggunakan AI mudah alih pada telefon pintar. 32 peratus berpendapat hanya akan menggunakan teknologi ini pada komputer peribadi.
Won-Joon Choi
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pejabat R&D Mudah Alih, Mobile eXperience Business, Samsung Electronics, Won-Joon Choi berkongsi, “Pengguna kami kini sedang mendalami manfaat yang pelbagai daripada Galaxy AI, yang diinovasikan untuk memberikan pengalaman AI mudah alih berpusat pada manusia secara sepenuhnya… dan itu baru permulaan. Dalam masa beberapa bulan sahaja, kami kemudian telah mewujudkan demokrasi Galaxy AI, memperluas akses kepada lebih banyak model. Ini merupakan pencapaian yang hanya mungkin melalui kerjasama rapat dengan rakan industri kami dan pendekatan hibrid AI kami yang tersendiri untuk memberikan pengalaman AI mudah alih yang paling praktikal, boleh dipercayai dan serbaguna kepada pengguna kami. Pengalaman ini berpotensi untuk mengubah kehidupan.”Samsung Salon d’AI : Inovasi AI Mudah Alih Dapat Dipertingkatkan dengan Lebih Banyak Kolaborasi Terbuka
Untuk menikmati pengalaman AI secara menyeluruh, ianya hanya akan berkesan sekiranya lebih ramai pihak bersedia dan lebih terbuka untuk bekerjasama bersama syarikat lain di dalam industri. Seperti kata Don McGuire, Ketua Pegawai Pemasaran Qualcomm, juga panelis forum ini berkongsi, “Kenyataannya, tanpa peranti mudah alih canggih daripada rakan kongsi seperti Samsung, keupayaan platform bertaraf dunia kami akan tidak digunakan sepenuhnya. Seperti Samsung, kami mempunyai pandangan yang jelas untuk masa depan dan banyak penyelidikan yang kami bincangkan hari ini adalah yang mendorong kami ke hadapan.” Manakala panel Jenny Blackburn, Naib Presiden Pengalaman Pengguna untuk Gemini Experinces dan Google Assistant di Google, berkongsi tentang kejayaan ciri AI, Circle To Search, di dalam peranti Samsung, “Pelancaran Circle to Search bersama siri Galaxy S24 merupakan contoh terbaik kerjasama antara Google dan Samsung.” Tambahnya lagi, “Kami mengambil sedikit masa untuk menyelaraskan cara kami dalam memperkenalkan ciri tersebut. Ini adalah untuk mencipta sesuatu yang memberi fungsi kepada semua orang merentas peranti yang berbeza dalam apa jua situasi.” Walaupun, Samsung kini mengambil langkah berhati-hati dalam membangunkan model AI generatifnya sendiri, syarikat ini akan terus dan tetap berinovasi dan membuka peluang kerjasama demi mencapai gol dalam membina AI berpusatkan manusia.Menguatkan lagi Keselamatan dan Privasi AI
Penggunaan teknologi AI amat luas ada keprihatin terbangkit apabila membicarakan tentang keselamatan namun Samsung sudah menyedari dan dari semasa ke semasa memantau tentang isu ini. “Kita perlukan peraturan yang boleh disesuaikan seiring perkembangan AI. Kajian dan pemantauan secara berterusan seperti yang disediakan oleh Pengawas Dasar OECD.AI akan memastikan keputusan yang diambil penuh berinformasi dan membantu pembuat dasar untuk ikut selaras perkembangan ini. Kami bekerjasama secara langsung dengan pemimpin dalam kerajaan dan syarikat teknologi utama. Samsung berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan mengenai amalan terbaik AI yang mendorong ke arah AI yang berpusat pada manusia, selamat, aman, dan boleh dipercayai,” kata Lucia Russo, Ekonomis dan Analis Dasar dalam unit Kecerdasan Buatan (AI), Bahagian Dasar Ekonomi Digital OECD, yang juga merupakan panelis forum Salon d’AI ini.
Daehyun Kim
Daehyun Kim, Naib Presiden Eksekutif Pusat AI Global Penyelidikan Samsung di Samsung Electronics,“Tanggungjawab kami sebagai peneraju AI mudah alih adalah untuk bekerjasama rapat dengan pemimpin industri untuk membina AI yang membawa impak positif kepada masyarakat. Di Samsung, kami memahami pengguna kami. Apa yang mereka mahu dan bagaimana mereka berkelakuan. Cerapan itulah yang membolehkan kami mencipta AI mudah alih yang benar-benar mengutamakan manusia, di samping melindungi hak privasi pengguna. Dalam era masa kini, ini adalah kebimbangan utama kami kerana dalam zaman hiperhubungan ini, privasi adalah lebih penting daripada segala-galanya.”
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
