Loading media...

Unable to load content
Pergolakan Gaya Hidup Mewah Erina Gudono Menjadi Perhatian
Rihanna Berkongsi Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama
Satu-satunya Sebab Billie Eilish Memilih Menjadi Vegan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beautifully”
Senarai Penuh Pemenang SAG Awards 2024
Home > Gaya Hidup > “Saya Berasa Jijik” – Bebe Rexha Berkongsi Pergelutan Perit Dengan Imej Tubuh

“Saya Berasa Jijik” – Bebe Rexha Berkongsi Pergelutan Perit Dengan Imej Tubuh

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bebe Rexha dikenali sebagai salah seorang selebriti yang terbuka berkongsi pengalaman hidupnya bersama peminat.

Baru-baru ini Bebe menjadi tular di TikTok setelah membuat satu perkongsian yang digelarnya sebagai ‘pendedahan jujur’ mengenai imej tubuhnya pada musim perayaan.

“Saya tahu kita semua sepatutnya bersuka ria pada hari Krismas,” katanya dalam satu video yang dimuat naik beberapa hari lalu.

Penyanyi itu menjelaskan walaupun dia berseronok pada musim perayaan, dia tidak gembira dengan keadaan terkini dirinya walaupun dikenali sebagai aktivis positiviti tubuh. “Pendedahan jujur. Saya rasa badan saya tidak pernah seberat sekarang ini,” katanya.

Bebe Rexha

Foto: Getty Images

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse