Home > Gaya Hidup > Volvo XC40 Recharge Pure Electric Serba Baru
Volvo XC40 Recharge Pure Electric Serba Baru
Tampil dalam versi serba baharu, Volvo Car Malaysia umum keunikan terkini model Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan siri XC40 yang lain dengan model tahun 2023 (MY23).
Kenderaan elektrik pertama keluaran Volvo Car Malaysia ini pertama kalinya diumumkan pada Mac 2022 yang lalu. Sudah tentu, sambutan yang diterima amatlah menakjubkan dan luar biasa, sehingga ia mendapat lebih daripada 400 tempahan hanya dalam masa dua bulan sahaja. Bukan itu sahaja, malah kereta Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini juga merupakan kenderaan keluaran Volvo yang pertama boleh ditempah secara atas talian.
Kenderaan elektrik pertama Volvo ini diperkenalkan dengan ciptaan berkuasa tinggi yang versatil dan akan menjamin pengalaman pemanduan yang lancar dengan mod zero tailpipe emission. Kini, ia tampil dengan perincian tambahan yang lebih terbaharu seperti reka bentuk hadapan dan rim terkini.
Dalaman kereta ini menawarkan tekstil Suede Charcoal Connect pada tempat duduknya. Selain itu, ciri seperti Foot Movement Detection Module (FMDM) turut di naik taraf untuk pembukaan kereta yang lebih lancar serta rekaan tuas gear baharu bebas kulit yang diukir mewah, meningkatkan lagi ciri kontemporari model ini.
Bukan itu sahaja, anda bakal merasakan kabin udara yang lebih segar dan bersih ketika anda memandu Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini kerana ianya mempunyai sistem penulenan udara yang mampu menghalang sehingga 80 peratus zarah PM2.5 yang berbahaya daripada memasuki ke dalam kabin kenderaan. Ini membolehkan anda dan penumpang anda menikmati kualiti udara yang lebih baik dan sihat tanpa mengira keadaan di luar.
Versi baharu Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini turut memperkenalkan warna luaran baharu iaitu ‘FJORD BLUE’, yang memberikan impak rona biru metalik mewah pada kereta. Volvo XC40 Recharge Pure Electric juga disediakan dalam rona warna seperti ‘Crystal White’, ‘Black Stone’, ‘Thunder Grey’ dan ‘Sage Green’.
Kejayaan menakjubkan yang ditunjukkan oleh Volvo XC40 Recharge Pure Electric menyedarkan saya bahawa kami sedang melangkah maju ke masa depan elektrik sepenuhnya. Sejak pengenalan agenda elektrifikasi kami, Volvo Car Malaysia sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman pemanduan pelanggan. Dengan peningkatan baharu pada Volvo XC40 Recharge Pure Electric model baharu tahun 2023, kami percaya pelanggan boleh menikmati pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan serta memberi kebebasan dalam bergerak secara peribadi, mampan dan selamat. – Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.
Perincian yang telah dinaik taraf pada model 2023 ini juga boleh didapati pada model XC40 Recharge T5 Ultimate (Plug-in Hybrid) dan XC40 B5 Ultimate (Mild Hybrid) pada harga RM268,888**. Manakala, untuk Volvo XC40 Recharge Pure Electric MY23 ini dijual pada harga RM278,888** dan boleh ditempah menerusi laman web rasmi Volvo Car Malaysia.
Pautan Berkaitan: Rai Wanita Most GLAM 2022 Bersama Volvo XC40 Recharge Pure Electric
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
