Related Stories
Rai Wanita Most GLAM 2022 Bersama Volvo XC40 Recharge Pure Electric
Most GLAM 2022 menjulang wanita-wanita penuh impak. Seiring dengan misi yang sama, Volvo XC40 Recharge Pure Electric turut merai juita inspirasi ini.
Apakah misi Most GLAM diwujudkan pada saban tahun ini? Ia sebenarnya adalah sebuah acara yang menjulang wanita-wanita hebat pilihan GLAM yang kami yakin memberi impak positif kepada negara. Sesungguhnya, lima wanita yang telah dipilih GLAM iaitu Marion Caunter, Ally Mukhriz, Nabila Huda, Sherry Al-Hadad dan juga Natalie Prabha mempunyai perjuangan mereka yang tersendiri. Baik menyuarakan hak wanita, berkongsi peluang pekerjaan kepada yang memerlukan, menyebar kata positif melalui platform kukuh mereka serta keprihatinan terhadap alam sekitar, kesemua mereka ternyata membawa nafas baru kepada komuniti GLAM hari ini.
Kesemua tetamu yang hadir mengenakan busana daripada palet rona merah jambu mengikuti tema pada malam itu iaitu “Pink Impact”. Menggayakan mengikut stail peribadi, masing-masing kelihatan cukup versatil dan segar. Seiring dengan itu, Volvo Car Malaysia turut menampilkan kenderaan elektrik pertamanya, XC40 Recharge Pure Electric untuk menyokong misi malam yang dirai ini. Kedua-duanya tampil gah dan saling mengimbangi antara satu sama lain.
Tahukah anda, kenderaan elektrik ini bukan sahaja memberikan keselesaan pecutan yang lancar dan selamat, bahkan turut tampil memperkasakan pemanduan ke arah masa depan yang mampan dengan mementingkan kelestarian.
Volvo XC40 Recharge Pure Electric
Volvo Car Malaysia telah melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Volvo XC40 Recharge Pure Electric pada Mac 2022 yang lalu dan ia telahpun mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Kali ini, kenderaan elektrik tersebut telah tampil dalam versi yang baharu dengan perincian yang dinaiktaraf untuk menjadi lebih versatil dan akan memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik untuk anda. Model versi baru tahun 2023 XC40 Recharge Pure Electric hadir dengan siri warna luaran tambahan iaitu ‘FJORD BLUE’ selain daripada warna sedia ada seperti ‘Crystal White’, ‘Black Stone’, ‘Thunder Grey’ juga ‘Sage Green’.
Selain itu, reka bentuk dalaman kenderaan elektrik ini menawarkan tekstil Suede Charcoal Connect pada tempat duduk dan ciri Foot Movement Detection Module (FMDM) yang di naiktaraf untuk memperkasakan lagi ciri versi terbaru model ini. Volvo XC40 Recharge Pure Electric MY23 ini dijual pada harga RM278,888** dan kini boleh ditempah secara langsung menerusi laman web rasmi Volvo Car Malaysia.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.










