Dengan Sekali Lafaz, Izara Aishah Sah Bergelar Isteri Adib Khalid
Debut Lila Moss Sebagai Model Menyambung Legasi Kate Moss
Valentino Mahu Membeli Balmain Dengan Harga €500 Juta
Kylie Jenner Berjaya Mengumpul $500,000 Untuk Smile Train
KKW Beauty Habis Dijual Sekelip Mata!
Home > Uncategorized > Magis Chanel No. 5

Magis Chanel No. 5

Oleh: Nur Sofea   Untitled   Pada tahun 1921, Mademoiselle Chanel mencipta wangian pertamanya Chanel No. 5 Parfum bersama Ernest Beaux. Minyak wangi untuk wanita yang dicipta oleh seorang wanita.   Chanel No. 5 bukanlah wangian semata-mata tetapi merupakan warisan yang mencerminkan idea feminin, karya agung yang diwariskan dari generasi ke generasi. Pada 1924, tiga tahun selepas penciptaan wangian itu, Ernest Beaux pula mencipta Chanel No. 5  Eau de Toilette. Pada tahun 1986, Jacques Polge mencipta Chanel No. 5  Eau de Parfum. 22 tahun kemudian, dia berani untuk memberi nafas baru kepada formula wangian itu dan diberi nama Chanel No. 5  Eau Primere.   Untitled 1   Tahun ini, giliran Perfumer Olivier Polge pula memperkenalkan penciptaan No. 5 L’EAU- rangkaian No. 5 yang baru.   Chanel No 5 L’eau ini merupakan wangian gabungan dari buah sitrus dan bunga yang dipilih sendiri oleh Olivier Polge.  Gabungan buah sitrus seperti lemon, limau mandarin dan oren serta bunga ros, jasmine dan ylangylang memberikan aroma segar dan moden pada rangkaian wangian Chanel No. 5 terbaru ini.