Sharnaaz Ahmad & 9 Hero Malaya Idaman Wanita Pilihan GLAM
Sudahkah anda menonton Polis Evo 3 yang sedang ditayangkan di pawagam hari ini? Jika belum anda harus menonton dan melihat lakonan mantap Sharnaaz Ahmad!
Semakin ramai hero Malaya mendominasi industri perfileman tempatan hari ini. Baru-baru ini, GLAM sempat menonton filem Polis Evo 3 yang kian ligat bermain di pawagam. Ternyata lakonan mantap Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad serta pelakon-pelakon lain memberi impak yang cukup hebat di dalam filem arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions ini. Terus membuatkan kami ingin sekali menyenaraikan hero Malaya hebat yang menjadi idaman wanita hari ini. Bukan sahaja kacak bergaya malah kredibiliti lakonan mereka ini cukup berkelas tinggi. Tidak hairan jika sokongan padu diberikan peminat tanpa henti bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura juga Brunei.
Namun yang paling menangkap perhatian kami adalah pelakon, Sharnaaz Ahmad. Lakonannya di dalam filem terkini beliau amat hebat. Memegang watak utama antagonis yang menyimpan dendam terhadap rakan-rakannya ternyata ‘menjadi’ sehingga membuatkan ramai yang menonton menjadi ‘geram’ dengan lakonan beliau. Bapa kepada Jayden Jebat ini mencuri tumpuan kerana ini adalah penampilan pertamanya di dalam filem Polis Evo.
Lihat barisan lain hero Malaya yang menjadi idaman wanita pilihan GLAM!
10 Hero Malaya Idaman Wanita
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026



