Pharrell Williams Kolaborasi Dengan BTS
Penampilan Dua Lipa Sebagai Koboi Dalam Video Muzik Terbaharu Dikecam
Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan
7 Lapangan Terbang Paling Mengagumkan Di Dunia
Janet Jackson Dedah Kebenaran Mengenai Kontroversi Persembahan Super Bowl 2004

“Syukur. Sabar. Kegembiraan.” – Katrina Kaif Luah Keterujaan Usai Bergelar Isteri

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelakon yang dilahirkan di Hong Kong dan dibesarkan di London itu tampil anggun dalam lehenga tradisional rona merah daripada sutera matka yang ditenun menggunakan tangan manakala Vicky pula segak dalam sherwani rona putih gading. Penampilan Katrina disempurnakan dengan vel rekaan khas yang memberi penghormatan kepada bangsa Punjabi iaitu asal usul Vicky. Kedua-dua busana mempelai ini merupakan hasil rekaan pereka tersohor, Sabyasachi Mukherjee. Dalam upacara tersebut, pasangan ini turut bertukar cincin perkahwinan daripada Tiffany & Co. Cincin Tiffany Soleste milik Katrina yang bernilai RM41,000 dikatakan menyerupai cincin mendiang Puteri Diana dengan tatahan batu nilam di tengah dan deretan berlian halus di sekelilingnya. Cincin Tiffany Classic milik Vicky pula dianggarkan bernilai RM7,200.
Katrina Kaif-Vicky Kaushal

Foto: India.com

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse