Tan Sri Michelle Yeoh Mengukir Sejarah Di Hollywood Walk Of Fame
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio
Berbusana Dior & Sepatu Roger Vivier, Tan Sri Michelle Yeoh Menerima Bintang Di Hollywood Walk of Fame
Ketika di acara gemilang ini, Tan Sri Michelle Yeoh memilih keanggunan yang bersahaja namun tetap memikat pandangan. Aktres ini tampil dalam busana berona kuning cerah daripada Dior, sebuah rekaan Pre Fall 2026 hasil sentuhan kreatif Jonathan Anderson. Siluetnya menggabungkan keseimbangan siang dan malam melalui potongan boatneck memanjang, satu bahu tanpa lengan dan satu lagi berlapik lembut. Rona kuning yang bercahaya seakan menyinar lembut di bawah cahaya Los Angeles, melambangkan optimisme dan keberanian, dua nilai yang sentiasa mengiringi perjalanan seni Tan Sri Michelle Yeoh sepanjang dekad.
Penampilannya disempurnakan dengan sepasang sepatu daripada Roger Vivier, menambah sentuhan glamor halus dan elegan. Sepatu bertumit dalam rona perak metalik itu hadir dengan kemasan kulit berkilau seakan cermin, dihiasi gesper bertatah rhinestone yang diinspirasikan daripada perhiasan vintaj. Aplikasi flora berbentuk jambangan bunga memberi elemen romantik yang halus, yang mana sepatu ini menjadi simbol perayaan terhadap sebuah detik yang cukup mengujakan. Ia melengkapkan keseluruhan gaya dengan keseimbangan antara sofistikasi dan keanggunan yang effortless.
Dalam ucapannya, Tan Sri Michelle Yeoh menyifatkan detik itu sebagai sesuatu yang “beyond insane and surreal”, satu penghormatan yang terasa sukar dipercayai namun indah untuk dirasai. Bintang Hollywood ini turut mengimbau zaman membesar di Malaysia, hidup antara dua dunia yang berbeza, layar sinema yang terasa jauh dan perjalanan sunyi bersama ibu bapanya di bawah langit terbuka. Ayahnya sering menunjuk ke arah bintang utara, katanya, “the one you can always trust to guide you home”, manakala ibunya pula mengajar bahawa horizon sentiasa lebih luas daripada yang pernah dibayangkan. Di antara akar dan sayap itulah Michelle Yeoh menemui dirinya, menempuh laluan yang tidak pernah lurus, namun akhirnya membawa dirinya ke sebuah bintang yang kini terukir abadi di Hollywood Boulevard.
See Also
Artikel berkaitan: Fakta Menarik Michelle Yeoh Dalam “Everything Everywhere All At Once”
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
