Related Stories
Home > Gaya Hidup > Terbang Dari Subang, Jelajahi Dunia Bersama Batik Air Malaysia
Terbang Dari Subang, Jelajahi Dunia Bersama Batik Air Malaysia
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Feb 26, 2026
Di sebalik setiap penerbangan, ada kisah menarik yang lebih daripada sekadar ke destinasi impian. Batik Air Malaysia kini menawarkan lebih daripada sekadar destinasi, ia membawa pengalaman kembara yang sarat dengan detik manis lagi bermakna. Setiap perjalanan sentiasa membawa kisah tersendiri. Ada yang pulang ke pangkuan keluarga ketika musim perayaan tiba. Ada yang meraikan detik-detik indah bersama insan tersayang di destinasi yang mempesonakan. Buat GLAM, ia menyempurnakan keinginan kami ke destinasi impian.
Landasan Baharu untuk Gaya Hidup Moden
Dalam usaha untuk menghampirkan kemudahan kepada pengembara di Lembah Klang, Batik Air Malaysia telah membuat langkah strategik dengan mengembangkan operasi mereka dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Bagi GLAM, landasan baharu ini ternyata memudahkan pengguna kerana tidak lagi perlu mengharungi kesesakan lalu lintas ke KLIA. Subang, dengan lokasi sentralnya, menawarkan akses yang lebih mudah dan pantas untuk penduduk Lembah Klang. Ia seperti mempunyai lapangan terbang di halaman belakang rumah anda sendiri sangat convenience! Penerbangan Batik Air Malaysia ini juga seiring dengan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang dan persediaan negara untuk Visit Malaysia 2026, menjadi tarikan utama untuk memudahkan pelancong asing menerokai Malaysia melalui pintu masuk yang lebih selesa dan efisien.Bukan Sekadar Laluan, Ini Gerbang ke Dunia!
Pada Disember 2025, penerbangan antarabangsa dan domestik dari Lapangan Terbang Subang kini membuka laluan ke pelbagai destinasi impian dan yang paling menggembirakan, anda tidak perlu lagi bersusah payah ke KLIA! Sebanyak 9 laluan popular yang kini dibuka seperti Singapura, Bangkok, Jakarta, Kuching, Kota Kinabalu, Langkawi, Kota Bahru, Johor Bahru dan Penang. Lebih menarik lagi, buat anda yang ingin ke destinasi Singapura, Batik Air Malaysia membuka laluan baharu di Kota Kinabalu bermula Mac 2026. Selain itu, Lapangan Terbang Ipoh dan Penang juga mempunyai laluan terus ke Singapura.
Antara Laluan Terus dari Subang kini merangkumi:
Antarabangsa Tiga destinasi antarabangsa seperti Singapura, Jakarta Indonesia dan Bangkok Thailand kini laluan terus dari Lapangan Subang.Domestik
Istimewa buat warga tempatan mahupun pelancong, Batik Air Malaysia juga membuka laluan terus dari Lapangan Subang ke destinasi domestik seperti Johor Bahru, Kota Bahru Kelantan, Langkawi, Kedah, Penang, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.Ke Tashkent, Uzbekistan Dari Langkawi
Jika selama ini anda ke Tashkent,Uzbekistan hanya dari Lapangan utama seperti di KLIA, kini dengan lebih mudah Batik Air Malaysia mengumumkan laluan terus dari Langkawi ke Tashkent, Uzbekistan. Sebuah destinasi eksotik yang sedang naik mendadak dalam radar pelancong dunia.Fakta Menarik: Batik Air Malaysia Bukan Syarikat Penerbangan Tambang Murah!
Ramai yang mungkin tidak menyedari, Batik Air Malaysia adalah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (full service airline). Ini bermakna anda mendapat pengalaman terbang yang lebih selesa dan holistik, bukan sekadar tempat duduk, tetapi keseluruhan perjalanan yang bermakna.Antara kelebihan yang anda akan nikmati:
- Ruang kerusi yang lebih luas dan selesa berbanding penerbangan tambang rendah.
- Kelas Perniagaan (Business Class) yang berbaloi bermula serendah RM399 sahala pergi! Dengan tiga tier harga iaitu Flexi, Value, dan Super Value, anda boleh pilih yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan perjalanan.
- Rangkaian destinasi yang menakjubkan merangkumi lebih 63 destinasi di 20 buah negara.
Jelajahi Lebih Jauh Destinasi Batik Air Malaysia
Dengan jaringan penerbangan domestik dan antarabangsa yang luas, Batik Air Malaysia membawa anda ke pelbagai destinasi impian seperti Alor Setar, Bintulu, Johor Bahru, Langkawi, Penang, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Miri, Sandakan, Sibu dan Tawau. Ke laluan antarabangsa seperti Timur Tengah: Dubai, Jeddah, Indonesia: Bali, Banda Aceh, Batam, Jakarta, Lombok, Makassar, Medan, Padang, Pekanbaru, Pontianak, Surabaya & Yogyakarta, Jepun: Osaka, Okinawa, Tokyo, Asia Pasifik: Australia, Maldives, Thailand, Hong Kong, India, China, Vietnam, Dili, Asia Tengah: Tashkent (dari Langkawi) danSri Lanka: Colombo (bermula Mac 2026 destinasi terbaharu)Pengalaman GLAM: 8 Orang, Satu Penerbangan, Seribu Kenangan
Team GLAM seramai 8 orang berpeluang merasai sendiri pengalaman laluan baharu ini dan ia cukup menyenangkan! Kami agak terkejut melihat tiket penerbangan ke Langkawi menerusi Lapangan Terbang Subang yang begitu mudah diakses. Penerbangan selama 54 minit itu cukup bermakna buat kami. Bukan mudah untuk kami berkumpul dan terbang bersama ke destinasi percutian terkenal di Malaysia sambil bekerja, namun Batik Air Malaysia memudahkan semuanya! Merancang percutian bersama keluarga besar atau rakan-rakan? Batik Air Malaysia menawarkan kemudahan istimewa untuk kumpulan!Pakej Kumpulan (minimum 10 orang):
Hantarkan emel ke groupod@batikair.com.my berserta nama, nombor IC, destinasi, serta tarikh pergi dan balik. Jika harga dan pakej sudah ditetapkan, pihak Batik Air akan mencipta pautan pembayaran khas. Pembayaran perlu diselesaikan dalam masa 24 jam, dan e-tiket akan dihantar terus kepada anda.Program Pelajar & Tenaga Pengajar:
Ada juga program eksklusif untuk pelajar kolej dan universiti di Malaysia (kerajaan dan swasta) serta tenaga pengajar. Selepas mendaftar dan pengesahan dokumen, anda layak menikmati kemudahan dan tambang istimewa ke destinasi pilihan anda. Satu peluang yang sangat bernilai untuk mengembara sambil belajar! Artikel berkaitan The St. Regis Langkawi Destinasi Yang Mengajar Untuk Menikmati Hidup PerlahanAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026













