Most GLAM 2021: Jane Chuck
Puteri Mako: Kerabat Jepun Yang Melepaskan Status Diraja Demi Cinta
Janet Jackson Dedah Kebenaran Mengenai Kontroversi Persembahan Super Bowl 2004
Camila Cabello Kembali Berpacaran Selepas Sembilan Bulan Hidup Solo
10 Lagu Raya Ikonik Yang Sentiasa Menghidupkan Suasana Syawal

Tiffany Trump Disatukan Dengan Bilionair Lubnan-Nigeria

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pada majlis bertemakan Lubnan-Amerika itu, Tiffany memberi penghormatan kepada suaminya dengan menyarung gaun labuh lengan panjang sarat labuci daripada pereka Lubnan terkenal, Elie Saab. Ibu pengantin perempuan turut menyarung gaun malam rona lavender daripada pereka sama. Pengantin lelaki, Michael Boulos merupakan pewaris Boulos Enterprises dan SCOA Nigeria, sebuah konglomerat perdagangan dengan nilai berbilion dolar. Walaupun dilahirkan di Nigeria, jejaka berusia 25 tahun itu kini menetap di London. Pasangan itu bertemu buat kali pertama di kelab milik aktres Lindsay Lohan di Mykonos, Greece pada musim panas 2018. Michael melamar Tiffany di Taman Ros White House pada Januari 2021 dengan sebentuk cincin berlian bernilai RM5.6 juta.

Foto: Instagram

  Foto: Hy Goldberg for DenisLEON& Co   Baca: Sekitar Perkahwinan Serba Mewah Puteri Bill Gates, Jennifer Bersama Atlet Ekuestrian Muslim  
3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse