The Library Spirit Oleh Montblanc Memartabatkan Pustaka
GLAM Diari: M Social Resort Penang Percutian Dengan Jiwa Pulau Pinang
Menyelerakan, Ini 5 Menu Masakan Eyka Farhana Buat Semua Lapar!
Dr. Jill Biden Cipta Sejarah Tersendiri
Jam Tangan Mewah Menyerikan Penampilan Siti Nurhaliza Di Minggu Fesyen Kuala Lumpur
Home > Gaya Hidup > 5 Aktor Terkenal Yang Mewarisi Bakat Lakonan Bapa Mereka

5 Aktor Terkenal Yang Mewarisi Bakat Lakonan Bapa Mereka

Benar kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Ramai aktor dan aktres mendapat inspirasi daripada ibu bapa mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang sama.

Tidak kira sama ada di Malaysia mahupun Hollywood, ibu bapa memberi pengaruh yang kuat dalam membentuk minat anak-anak sejak kecil. Antara yang terkenal di Malaysia adalah Adlin Aman Ramlie yang merupakan anak kepada aktor popular 50-an, A.R. Tompel dan seniwati Ruminah Sidek. Begitu juga Syamsul Yusof, anak sulung kepada pelakon dan pengarah tersohor, Yusof Haslam.

Siapa pula aktor yang popular di Hollywood? Klik seterusnya.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Colin Hanks

Anak sulung aktor Cast Away, Tom Hanks bersama bekas isteri, Samantha Lewes ini mencipta nama menerusi fiem Orange County di samping Jack Black pada 2002. Dia kemudian membintangi lebih banyak filem hebat antaranya King Kong, The House Bunny dan Jumanji. Colin juga terkenal dengan peranannya dalam pelbagai rancangan televisyen seperti Life in Pieces. “Bapa saya sentiasa memberi sokongan padu dalam setiap keputusan saya. Terutama ketika membuat pilihan mengenai perkara yang saya mahu lakukan dalam hidup,” katanya pada 2009.
bapa

Foto: Getty Images

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse