Related Stories
Home > Gaya Hidup > Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia
Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia
Kini, generasi baharu restoran di Malaysia tampil menjadi destinasi gastronomi yang mengangkat cita rasa Asia ke tahap lebih sofistikated. Mereka menafsirkan semula resipi klasik Asia melalui pendekatan moden dan penyajian yang artistik.
Malaysia sememangnya dikenali sebagai persada kulinari yang kaya dengan kepelbagaian rasa, hasil pertemuan budaya dan tradisi yang berakar sejak berabad lamanya. Daripada ramuan tempatan yang harum rempah hingga teknik masakan yang diwarisi turun-temurun, kulinari Asia terus menjadi nadi kepada pengalaman makan yang mencerminkan keaslian tradisi. Seiring evolusi landskap kulinari kota, restoran generasi baharu di Malaysia tampil mentafsir semula resipi klasik Asia dengan sentuhan moden serta susunan hidangan yang menarik. Hasilnya, setiap hidangan bukan sekadar sajian, tetapi sebuah perjalanan rasa yang meraikan keaslian bahan serta kekayaan tradisi kulinari rantau Asia. GLAM kongsi beberapa restoran di Klang Valley yang mengangkat citarasa Asia.
Ini Restoran Yang Wajar Dikunjungi Buat Pencinta Makanan!
1. Tangram KL
Terletak di Bangsar, Tangram KL membawa visi kulinari terkemuka Chef Johnny Tsai iaitu keseimbangan, kesederhanaan serta penghormatan mendalam terhadap setiap bahan yang digunakan. Melalui menu yang dirangka dengan teliti, tradisi kulinari Asia Timur Laut digabungkan dengan teknik masakan Perancis, menghasilkan hidangan yang disediakan dengan ketelitian tinggi, penuh nuansa dan sarat dengan perhatian terhadap setiap perincian. Lokasi: 61, Jalan Telawi 3, Bangsar 59100 Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu Telefon: 0125866642
2. Oolam
Diiringi menu yang dirangka khas daripada kulinari Pantai Timur, ia membawakan kehangatan dan pendekatan kreatif kepada pengunjung. Oolam mengolah hidangan mereka agar sentiasa meraikan warisan dan cita rasa Asia menggunakan bahan segar. Maka, setiap hidangan sarat dengan karakter dan identiti klasik. Lokasi: E-01-03, Block E, The Five KPD, Jalan Dungun, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia 50490 Waktu operasi: Ahad hingga Sabtu dari 6 petang – 10.30 malam (Isnin tutup) Telefon: +60 12-600 6170
3. Beta KL
Sebuah restoran eksklusif bersama 1 bintang Michelin Star, Beta KL hadir mengangkat cita rasa Asia ke langkah seterusnya. Menu kulinari mereka, yang dikenali sebagai “Tour of Malaysia”, membawa pengunjung menjelajah pelbagai nuansa rasa dari setiap negeri dengan persembahan yang elegan dan penuh perincian. Setiap hidangan diinspirasikan daripada resipi tradisi tempatan yang dipersembahkan dalam bentuk kontemporari. Lantas, ia menjadikan pengalaman makan anda di sini seakan perjalanan gastronomi yang menyatukan warisan kulinari Asia. Lokasi: Cormar Suites, No. 10, Jalan Perak, 50450, Kuala Lumpur. Waktu operasi: Selasa hingga Ahad dari 6:00 petang – 10:00 malam Jumaat dan Sabtu: 6:00 petang – 11:00 malam Telefon: +60 19-212 1094
4. Bol
BOL mengetengahkan konsep “Asian classics reimagined”, iaitu hidangan klasik Asia yang diberi nafas baharu melalui teknik moden. Restoran ini menampilkan menu yang diinspirasikan daripada pelbagai masakan Asia dan disajikan dengan gaya kontemporari yang sofistikated. Setiap hidangan di sini menonjolkan bahan segar serta gabungan rasa yang seimbang, menjadikannya destinasi pilihan bagi penggemar masakan Asia moden. Lokasi: 15, Jln Sin Chew Kee, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu operasi: Selasa–Jumaat: 6.00 petang – 10.30 malam Sabtu & Ahad: 12.00 tengah hari – 3.00 petang / 6.00 petang – 11.00 malam Telefon: +60 10-283 8869View this post on InstagramA post shared by bōl – Asian Classics Reimagined (@bol_in_kl)
See Also
Penantian Neelofa Bakal Berakhir
Buffet Ramadan Terbaik Sekitar Lembah Klang 2026 Untuk Pengalaman Berbuka Paling Eksklusif
Pemberian Taylor Swift Buat Rakan Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata
David Beckham Berkorban Demi Ratu Elizabeth II
Raikan Festival Cahaya Penuh Warna Di Pavilion Kuala Lumpur
Dari Lensa 3 Jurugambar Wanita Asia![]()
5. Gaia’s KL
Berlokasi di tingkat tinggi Ilham Tower, Gaia’s KL menawarkan pengalaman makan yang intim, sebuah alunan citarasa Langkasuka yang berakar daripada tradisi warisan Asia Tenggara dan dibingkai indah oleh panorama kota. Menu seperti Australian Wagyu Beef Cheek Massaman Curry dan Cod Otak-Otak menjadi penarik utama buat pencinta makanan. Setiap sajian disediakan dengan teknik halus dan perincian teliti, khas buat pengalaman yang eksklusif. Restoran cita rasa Asia seperti Gaia’s KL ini wajar dikunjungi untuk menikmati momen santapan rasa bersama yang tersayang. Lokasi: Level 37, Ilham Tower, 8, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 12 petang – 3 petang dan 6 petang hingga 10 malam. Ditutup pada Isnin Telefon: +6012-6000371 Artikel berkaitan: Restoran Michelin Star di Malaysia Yang Mengubah Landskap Gastronomi Negara
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
