GBC Love Wellness: 7 Jenis Urutan Paling Popular Di Dunia
Mahu Tukar Nama Kepada Ye, Kanye West Fail Tuntutan Mahkamah
5 Filem Wajib Tonton Bakal Ditayang 2025
Konsert Ella Diiktiraf Malaysia Book of Records
Jean-Victor Meyers, Pewaris Empayar Kosmetik L’Oreal

5 Aktor Terkenal Yang Mewarisi Bakat Lakonan Bapa Mereka

Benar kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Ramai aktor dan aktres mendapat inspirasi daripada ibu bapa mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang sama.

Tidak kira sama ada di Malaysia mahupun Hollywood, ibu bapa memberi pengaruh yang kuat dalam membentuk minat anak-anak sejak kecil. Antara yang terkenal di Malaysia adalah Adlin Aman Ramlie yang merupakan anak kepada aktor popular 50-an, A.R. Tompel dan seniwati Ruminah Sidek. Begitu juga Syamsul Yusof, anak sulung kepada pelakon dan pengarah tersohor, Yusof Haslam.

Siapa pula aktor yang popular di Hollywood? Klik seterusnya.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ben Stiller

Ben Stiller merupakan anak kepada Jerry Stiller dan Anne Meara, pasangan komedi popular yang sering muncul dalam The Ed Sullivan Show pada tahun 60-an. Jerry kemudian menjadi pelakon dan membintangi pelbagai filem antaranya Seinfeld serta The King of Queens. Ben sendiri pernah berlakon di samping bapanya dalam beberapa filem antaranya The Heartbreak Kid, Heavyweights, Hot Pursuit, Zoolander dan Zoolander 2.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse