Home > Gaya Hidup > 5 Filem Terbaik Lakonan Henry Cavill
Henry Cavill dikenali sebagai salah seorang bintang versatil dan terhebat dalam generasinya.
Pelakon Inggeris ini memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem adaptasi The Count Of Monte Cristo (2002) dan I Capture The Castle (2003). Dia menggalas watak sampingan dalam beberapa siri televisyen termasuk The Inspector Lynley Mysteries (2002) dan Midsomer Murders (2003). Sejak itu Henry Cavill muncul dalam lebih banyak filem seperti Tristan & Isolde (2006), Stardust (2007) dan (2011).
Berikutan kejayaannya sebagai Superman, aktor kacak ini ditawarkan watak perisik dalam The Man From U.N.C.L.E. (2015) dan Mission: Impossible – Fallout (2018). Terbaharu, dia muncul dalam The Witcher (2013-2022) sebagai Geralt Of Rivia dan Enola Holmes (2020 & 2022) sebagai Sherlock Holmes.
Foto: Men’s Journal
Baca: 5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie
Glam senaraikan beberapa filem hebat Henry Cavill menurut Rotten Tomatoes
5. Stardust (2007)
Skor Rotten Tomatoes: 77% Sinopsos: Dalam usaha untuk memenangi hati wanita yang dicintainya, seorang lelaki (Charlie Cox) mengembara ke alam dongeng untuk mengutip bintang yang jatuh dari langit. Namun apa yang ditemuinya adalah seorang wanita (Claire Danes) yang memerlukan bantuan untuk diselamatkan. Henry Cavill memainkan watak Humphrey dalam filem yang diadaptasi daripada novel Neil Gaiman dengan judul sama itu. Walaupun tidak membawa pembaharuan kepada dunia fantasi, para pengkritik filem berpendapat ia agak lucu dan menghiburkan.
4. I Capture The Castle (2003)
Skor Rotten Tomatoes: 78% Sinopsis: Berlatarkan tahun 1930-an di England, gadis muda bernama Cassandra (Romola Garai) dan kakaknya Rose (Rose Byrne) bergelut untuk menyelamatkan keluarga daripada kemiskinan. Mereka membuat keputusan bahawa salah seorang perlu bertunang dengan jejaka dari keluarga berada bernama Simon Cotton (Henry Thomas). Sebilangan besar pengkritik menyukainya dan berpendapat bahawa pesona, percintaan dan kesedihan berjaya dipaparkan dalam filem berinspirasikan buku Dodie Smith itu.
3. Enola Holmes (2020)
Skor Rotten Tomatoes: 91% Sinopsis: Apabila Enola Holmes (Millie Bobby Brown) memutuskan untuk mencari ibunya yang hilang, dia tahu dia perlu melakukannya sendirian tanpa pengetahuan kedua abangnya, Sherlock Holmes (Henry Cavill) dan Mycroft Holmes (Sam Claflin). Secara keseluruhan, pengkritik menikmati persembahan Millie Bobby Brown dan kebijaksanaan yang ditonjolkan dalam filem itu.
2. Enola Holmes 2 (2022)
Skor Rotten Tomatoes: 94% Sinopsis: Enola Holmes (Millie Bobby Brown), kini bergelar detektif profesional perlu menangani kes kehilangan seorang gadis yang merungkai misteri lebih besar daripada jangkaannya. Sekuel ini meraih pujian hebat daripada para pengkritik dan penonton.
1. Mission: Impossible – Fallout (2018)
Skor Rotten Tomatoes: 97% Sinopsis: Dalam sekuel keenam francais Mission Impossible ini, Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukannya bergabung dengan pembunuh CIA bernama August Walker (Henry Cavill) untuk mencegah serangan nuklear. Dengan skor hampir sempurna, filem ini dipuji kerana menampilkan aksi berimpak tinggi, kesan khas praktikal dan prestasi Tom Cruise yang mengagumkan.
Foto: Men’s Journal
Baca: 5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
