Cahaya Mata Kedua Putera Harry & Meghan Markle Diperkenalkan Kepada Dunia
Gaya Tetamu Di Istiadat Perkahwinan Diraja: Siapa Paling Memukau?
Datin X: Selebriti Gersang Mencari Populariti, Perangai Berubah 360!
Christina Aguilera Akui Berasa Benci Melihat Tubuh Sendiri
Adakah Anda Dalam Situationship? Kenali 7 Tanda Hubungan Tanpa Kepastian
Home > Gaya Hidup > 6 Aktiviti Menarik Untuk Diterokai di Bangunan Sultan Abdul Samad

6 Aktiviti Menarik Untuk Diterokai di Bangunan Sultan Abdul Samad

Terletak di hadapan Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan antara mercu tanda paling ikonik di Kuala Lumpur.

Selepas kerja pemulihan selesai, Bangunan Sultan Abdul Samad kini dibuka kepada orang ramai pada 2026 dan bahagian dalam bangunan telah diubah menjadi ruang budaya dan pengalaman warisan. Ini bermakna pengunjung bukan sekadar melihat bangunan dari luar, tetapi boleh melakukan pelbagai aktiviti di dalamnya. Berikut antara aktiviti yang boleh dilakukan di dalam bangunan tersebut:

1. Galeri sejarah Kuala Lumpur

Kredit foto: BERNAMA

Di dalam bangunan terdapat ruang galeri dan pameran interaktif yang memaparkan sejarah Kuala Lumpur serta peranan bangunan ini dalam pentadbiran negara pada zaman kolonial dan selepas merdeka. Pengunjung boleh melihat pameran yang menceritakan perkembangan bandar ini dari masa ke masa.

2. Galeri Royal Selangor

Kredit foto: Eat Drink KL

Salah satu tarikan baharu ialah galeri daripada jenama warisan Malaysia Royal Selangor. Galeri ini memaparkan sejarah lebih 140 tahun pembuatan pewter dan hubungannya dengan perkembangan Kuala Lumpur sebagai bandar yang dibina atas industri bijih timah. Selain itu, galeri ini juga turut terdapat kedai kopi untuk para pengunjung nikmati.

3. Pameran budaya dan kraf

Ruang pameran di kompleks ini juga menampilkan warisan tekstil dan kraf tempatan, termasuk cerita rakyat, fotografi dan seni tradisional Malaysia. Ia memberi peluang kepada pengunjung memahami budaya tempatan dengan lebih mendalam.

4. Ruang acara dan pameran

Beberapa ruang seperti Federal Hall dan Heritage Room kini digunakan untuk acara awam seperti pameran seni, forum budaya, bengkel kreatif dan program komuniti. Bangunan ini direka semula sebagai ruang aktif untuk kegiatan budaya.

5. Membeli produk kraf dan cenderamata

Kredit foto: Azul Adnan

Terdapat juga ruang runcit dan artisan workshop di dalam bangunan di mana pengunjung boleh melihat produk kraf tempatan serta membeli cenderamata unik berkaitan sejarah Kuala Lumpur.

6. Menikmati kafe dan restoran

Beberapa kafe dan restoran kini beroperasi di dalam bangunan ini, menjadikan ruang yang dahulunya pejabat pentadbiran sebagai tempat sosial. Antaranya termasuk Bakehouse by KLCG, Kaw Kaw Malaya, Gula Camca dan Courthouse Café. Pengunjung boleh menikmati kopi atau makanan sambil menikmati suasana seni bina warisan.

Bahagian dalam Bangunan Sultan Abdul Samad kini bukan lagi ruang pentadbiran seperti dahulu, tetapi telah dihidupkan semula sebagai pusat budaya, galeri, ruang komuniti dan destinasi gaya hidup di tengah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Hotel Park Hyatt Kuala Lumpur Tertinggi Di Asia Pasifik Kini Dibuka