GLAM Oktober 2014: Lisa Surihani
Tayangan Perdana Avengers: Age of Ultron
It’s Okay Not To Wear Face Mask If You Are Healthy!
Karpet Merah Di Anugerah BAFTA 2016
Perubahan Selena Gomez Selepas 3 Bulan Menghilang
Home > GLAM Life > Misteri Rumah Paling Mahal Di Dunia Ibarat Mahligai Syurga Di Bumi

Misteri Rumah Paling Mahal Di Dunia Ibarat Mahligai Syurga Di Bumi

Misteri rumah paling mahal di dunia kini telah terbongkar dengan pendedahan terbaru dan eksklusif perihal sebuah mahligai megah dan mewah yang boleh dijumpai di bahagian utara Perancis berdekatan dengan Versailles. Memperkenalkan, Chateau Louis XIV.

 

Pernah menjadi antara lokasi pilihan perkahwinan Kim Kardashian West, Chateau istimewa ini turut menawarkan parit yang besar, kelab malam bawah tanah, sebuah ballroom, sebuah labirin, bilik bawah air dengan dinding kaca dan sebuah pawagam khas.

 

Rumah agam ini mempunyai sejarah yang menarik kerana ia menyerupai rumah agam yang sama daripada abad ke-17. Namun rumah asal itu telah dirobohkan dan dihasilkan semula dengan rumah ini pada tahun 2011 untuk memodenkan ciri-ciri rumah ini dengan perincian menarik. Malah antara fungsi rumah ini adalah ia boleh dikawal menggunakan iPhone. Harganya? $300 juta.

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse
Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse