GLAM Deko Tips – 10 Barangan Perlu Dibuang di Kamar Tidur
Jom Sanitasi Tangan & Kediaman Anda Dengan Tanamera
Tip Memilih Langsir Sempurna
Rekaan Hebat – Rekaan Asimetri Aesop Burner
GLAM Deko Promosi – Menangi Percutian di Grand Lexis Port Dickson Premium Pool Villa
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Destinasi – Kualiti Premium Eropah Chesters Collection

Destinasi – Kualiti Premium Eropah Chesters Collection

Bermula sebagai perniagaan perabot import dan eksport, Chesters Collection berkembang sehingga menaungi 8 jenama perabot bermutu premium serantau Eropah. Chesters Collection diasaskan oleh James Edison pada 2003 dengan perniagaan import dan eksport perabot bermutu premium. Jenama perabot dari Jerman, Erpo adalah yang pertama dibawa masuk oleh Chesters Collection. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai reka bentuk sistem duduk termasuk sofa, bangku, meja makan, pengcahayaan dan aksesori. Berpegang pada falsafah – setiap perabot adalah cerminan peribadi dan ekpresi gaya hidup sang penghuni, Chesters Collection menaungi jenama – jenama berkualiti premium seperti; de Sede (Switzerland), Jori (Belgium), Wagner (Jerman), Tonon (Itali), Erpo (Jerman), Draenert (Jerman), Reflex (Itali) dan W. Schillig (Jerman). Chesters Collection menawarkan servis bersifat personal kepada setiap pelanggannya bermula dari pilihan fabrik, jenis kulit, spektrum warna sehingga khidmat nasihat profesional untuk memilih perabot kegunaan residensi atau pejabat. Pelanggan boleh menempah khas perabot mengikut konfigurasi bentuk dan jenis material yang digunakan bagi menghasilkan estetika reka bentuk perabot  unik, praktikal fungsi dan bercita rasa tinggi. Kunjungi ruang pamer terbaru Chesters Collection di 122, Jalan Maarof, Bangsar. www.chesterscollection.com