Ruang – Ilham Home Spa
Sajian Raya – Resipi Biskut Telur Masin bersama Bijan Hitam
Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero
Sejenak – Gaya Oasis Gastronomi
HOMEDEC 2019 Kembali dengan pilihan lebih bijak #HOMEDECISIONS
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Idea – Gubahan Bunga Segar Di Kediaman Merai Tetamu

Idea – Gubahan Bunga Segar Di Kediaman Merai Tetamu

Musim perayaan bakal tiba, pastinya setiap isi rumah sedang sibuk mempersiapkan kediaman serba indah dan teratur. Gubahan bunga segar tidak hanya indah menghiasi ruang kediaman malah seakan menebar seribu satu aura elegan berbaur segar. Fleuri Flower berkongsi teknik membina gubahan bunga segar untuk anda cuba.

Warna segar dan terang menjadi pilihan sebagai gubahan utama menyuntik rasa sama ada untuk ruang tamu atau ruang makan dengan gaya lebih moden. Gabungan ros India, orkid cymbidium, craspedia bersama tiger lily kuning yang dilengkapkan bersama Queen Anne’s lace serta astrantia juga setaria menjadi dominasi flora dalam gubahan ini. Untuk menyerlahkan lagi gubahan, pilihan dedaun seperti thalspi, pittosporum, Italian ruscus dan hypericum berry memberikan rona hijau dan membangkit kontras.

Slide untuk lihat gambar. 

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
  1. Siapkan pilihan gubahan dengan mengisi pasu dengan air juga memangkas pilihan bunga. Bungaan dedaun yang memenuhi batang mengikut paras air yang diisi.
Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse