fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Michael B. Jordan Dianugerah Bintang Hollywood Walk Of Fame
10 Fakta Mengejutkan Tentang Raja Charles III
Oscar 2024: Senarai Yang Berjaya Dan Gagal Tercalon
Ruang Bercerita dari Studio Kanta
Terima Kad OKU Anak, Ini Luahan Hati Dr Say
Home > Gaya Hidup > Kanye West Dibayar RM124 Juta Untuk Dokusiri Eksklusif Netflix

Kanye West Dibayar RM124 Juta Untuk Dokusiri Eksklusif Netflix

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nama Kanye West semenangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebelum bergelar suami kepada Kim Kardashian, dia telah pun dikenali di seluruh dunia sebagai penyanyi rap dan penerbit lagu tersohor dalam industri muzik antarabangsa.

Tidak dinafikan dia merupakan seorang selebriti yang sentiasa menjadi buah mulut netizen pada zaman ini, tetapi tidak banyak filem mahupun dokumentari yang membongkar kehidupan sebenar Kanye.

Namun nampaknya peluang peminat untuk mendekati penyanyi ini semakin cerah. Saluran penstriman video berbayar, Netflix bakal menerbitkan dokumentari bersiri mengenai Kanye yang merangkumi rakaman video dan foto peribadinya selama dua dekad.

Satu sumber yang dipercayai mendedahkan, Netflix membayar sebanyak RM124 juta untuk hak eksklusif bagi dokusiri tersebut.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse