Home > Gaya Hidup > Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu
Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Dec 22, 2021
Use your ← → (arrow) keys to browse
Dilancarkan pada harga bermula RM247,670.97, Volkswagen Arteon R-Line dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION untuk cengkaman terbaik ini dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang.
Mendefinisikan kesenian sebuah kenderaan, Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION baharu tampil menyerlah dengan gaya menarik yakni rekaan hud “clamshell” tersendiri bersama garis lampu serta sepasang lampu utama LED dan corong pengambilan udara yang baharu. Maka tidak hairanlah, Fastback empat pintu yang dinamik ini dinaik taraf dengan teknologi serta pelbagai ciri yang sesuai sebagai statusnya selaku model utama Volkswagen. Arteon merupakan sebuah fastback serba boleh kerana ia menawarkan fleksibiliti bagi memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza. Inilah model Volkswagen yang membolehkan pemandu menikmati pemanduan sporty atau perjalanan jauh sama ada berseorangan atau bersama keluarga. Pada bahagian belakang, kluster lampu LED memberi karekter kepada rekaan belakang Arteon yang bercerun. Penampilannya ditingkatkan lagi dengan gayaan R-Line yang kini dipasang dengan logo R yang baru. Melihat pada keindahanya, pastilah ia mempunyai prestasinya yang mengagumkan. Model ini dijana oleh enjin 2.0L TSI turbo yang mampu menghasilkan kuasa 280PS dan tork 350Nm. Dipadankan dengan kotak gear direct shift klac berkembar basah DSG 7-kelajuan, fastback ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 5.6 saat.
Ia menawarkan pengendalian luar biasa menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION yang menyalurkan kuasa ke roda belakang apabila perlu untuk memberi cengkaman dan kawalan lebih baik di atas jalan. Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 7.4l/100 km.
Ruang dalaman Arteon baharu yang luas nyata elegan dan sporty, lengkap bersama kemasan perak R-Line dan stereng baharu. Ciri untuk pemandu juga inovatif, intuitif dan boleh diubahsuai. Semua maklumat boleh diakses dengan mudah menerusi Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro yang kini menawarkan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Sistem audionya pula adalah premium Harman Kardon 700-watt menyempurnakan lagi ruang dalamannya yang mewah dengan 12 unit pembesar suara yang memberikan kualiti akustik terbaik.
Tempahan Arteon baharu sudah boleh dibuat di eShowroom yang dibuka 24 jam dan boleh diakses bila-bila masa. Seorang wakil daripada pengedar akan menghubungi dan membuat temu janji yang selari dengan SOP kerajaan dan iniatif #SafeHands Volkswagen. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my
Pautan berkaitan: “Modern Nostalgia” Selamatkan Malayan Tapir
Use your ← → (arrow) keys to browse
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
